Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Monday 03 August 2020, 06:19:44.

    Total Visitor 736

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat

Agama Islam di Selangor telah wujud pada kurun ke 15 melalui negeri Melaka kerana negeri Selangor pada ketika itu di bawah takluk negeri Melaka. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud, Sultan Selangor ke-3 (1827-1857), di mana pada tahun 1884, Majlis Mesyuarat Negeri telah mengiktiraf jawatan Kadi dan Imam seterusnya mengambil keputusan untuk melantik seorang Kadi untuk menyelesaikan segala hukum-hakam Islam dan istiadat Melayu.

Mulai tahun 1900, jawatan Kadi diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 setiap daerah ada Kadinya. Salah satunya termasuklah daerah Hulu Langat. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat yang dahulunya dikenali sebagai Ulu Langat telah ditubuhkan dan dibina bersebelahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat pada tahun 1980. Mahkamah ini dibina di Jalan Low Ti Kok bersebelahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat dan berhampiran dengan Pekan Kajang.

Pada tahun 2015, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bersebelahan Masjid al-Hasanah. Bangunan tersebut mempunyai 3 Dewan Bicara, 1 bilik Majlis Sulh dan Kaunter Perundangan. Oleh kerana, jajahan kawasan daerah Hulu Langat terlalu besar maka Mahkamah ini dipecahkan kepada 2 Mahkamah pada tahun 2014 dengan adanya penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang. Antara hakim yang berpernah berkhidmat di Mahkamah ini ialah Tuan Zakian bin Dio, Tuan Nik Asrulnizam bin Mustapha, Tuan Atras bin Mat Zin, Tuan Abdul Halim bin Abdullah. Kini, Mahkamah ini diterajui oleh Tn Che Abdullah bin Che Hassan dan dibantu oleh 2 orang hakim, seorang pegawai Sulh dan 2 orang Penolong Pendaftar.