Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Friday 30 October 2020, 06:00:21.

    Total Visitor 12829

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

JUMAAT- 23 Oktober 2020 - Unit Integriti JAKESS hari ini menganjurkan Webinar Pengurusan Kewangan dan Hutang bersama AKPK secara dalam talian. Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi tu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga JAKESS malah terdapat penyertaan daripada luar. Puan Rohanizam binti Talib selaku 'Senior Counsellor' dalam taklimatnya menerangkan berkenaan kaedah pengurusan aliran tunai melalui penyediaan bajet serta pengurusan hutang secara berkesan. Di samping itu, beliau juga memberi pendedahan berkenaan permasalahan berkenaan kewangan dan hutang yang berlaku dalam kalangan masyarakat serta kaedah untuk mengatasinya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang turut sama menjayakan Webinar tersebut.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

23 Oktober - Seramai 45 orang pengamal undang-undang di Negeri Selangor berhimpun secara dalam talian menerusi Program Town Hall JAKESS Bersama Pengamal Undang-Undang anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai JAKESS, Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor, Jabatan Bantuan Guman Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Persatuan Peguam Syarie Malaysia,  Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Cawangan Selangor) dan peguam-peguam Syarie Selangor. Program libat urus JAKESS bersama pengamal undang-undang Syariah di Negeri Selangor yang julung kali diadakan itu bertujuan mendapatkan maklum balas daripada para peserta  mengenai perkhidmatan utama JAKESS serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan memperkasakan JAKESS sebagai sebuah institusi kehakiman yang terunggul di Malaysia. Hasil maklum balas yang diterima juga akan dijadikan sebagai salah satu input untuk dianalisa dan dijadikan asas kepada pembangunan pelan strategik JAKESS yang baharu iaitu bagi tahun 2021 hingga 2025 memandangkan pelan strategik sedia ada akan berakhir pada 31 Disember 2020.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

28-30 September 2020 bersamaan 10-12 Safar 1442H - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan (JAKESS) yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain telah menghadiri Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara (PKPSN) tahun 2020 bersama-sama dengan 70 peserta yang lain, terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendaftar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sulh dan Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Movenpick Hotel Convention Centre, KLIA. Turut menghadiri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri bersama-sama Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar selaku penganjur PKPSN kali ini.

Tema persidangan kali ini “Aplikasi Maqasid Syariah: Ke Arah Pembudayaan Norma Baru Dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah" diadakan secara video conference bagi pembentang dan peserta luar Malaysia selain diadakan di dua lokasi berasingan di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA dan Pullman Hotel Kuala Lumpur Bangsar yang telah berjaya mengumpulkan penglibatan seramai 580 orang di kalangan pembentang dan peserta seluruh negeri-negeri dan negara nusantara.

 

PKPSN kali ini merupakan persidangan nusantara kali kedua penganjurannya di peringkat serantau melibatkan Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia, lanjutan daripada kejayaan penganjuran persidangan kali pertama, yang telah diadakan dari 7 hingga 9 November 2016.

 

Antara yang menarik sepanjang PKPSN ialah ucaptama oleh Professor Dr Sheikh ‘Ali Muhyiddin Al-Qarah Daghi dari Universiti Qatar disamping empat pembentangan kertas kerja dari Ketua Hakim Syarie Negara Brunei Darussalam, Presiden Kanan Negara Singapura, Ketua Kamar Agama, Mahkamah Agung Negara Indonesia dan Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

 

PKPSN kali ini diadakan dalam konteks berbeza dari kebiasaannya dimana seluruh dunia sedang berhadapan mencegah dan memutuskan rantaian penularan pendemik Covid-19 dengan amalan norma baharu kehidupan. JAKESS juga tidak terkecuali dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat disamping, mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

2 September 2020 - Satu lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak Daerah Taiping (bangunan baharu) diketuai oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama beberapa pegawai telah diadakan.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian berhubung pewujudan dan pelaksanaan Mahkamah Utama Syariah di Negeri Perak serta program-program invoasi yang dihasilkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Di samping itu, lawatan kerja tersebut juga bertujuan untuk melihat idea seni bina dan kemudahan di bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Taiping.

Terdahulu pada 1 September 2020, lawatan kerja telah diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Prai Tengah (MRSSPT) diketuai oleh YA Tuan Zulfikri Yasoa', Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah diiringi beberapa orang pegawai. Tujuan lawatan kerja tersebut diadakan juga adalah bagi mendapatkan maklumat dan melihat bangunan baharu MRSSPT yang diserahkan pada 15.07.2020 untuk dijadikan sebagai panduan bagi masa akan datang.

 

Unpublished
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Perkhidmatan dan operasi (termasuk prosiding perbicaraan, sebutan kes, majlis sulh dan pendaftaran kes)di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang melibatkan orang awam ditangguhkan bermula 7 Oktober sehingga 9 Oktober 2020.

Orang awam yang behasrat untuk berurusan dengan pihak mahkamah diminta untuk menangguhkan kedatangan ke mahkamah dan pelanggan yang telah mempunyai temujanji dalam tempoh tersebut akan dihubungi oleh pihak mahkamah bagi pemakluman tarikh temujanji yang baru. 

Pihak jabatan memohon maaf dan segala kesulitan adalah amat dikesali.