Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Jumaat 30 Oktober 2020, 06:00:21.

Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan

Matlamat Penubuhan

1. Menyatukan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri dan daerah-daerah dengan ikatan kekeluargaan Islam yang akrab.
2. Meninggikan mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya dilapangan kebajikan, pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, ekonomi dan kemasyarakatan.
3. Menanam dan memupuk akidah serta kefahaman Islam tulin disamping berusaha menjalankan dakwah Islamiah di kalangan kakitangan khasnya dan masyarakat Islam amnya berdasarkan A-Quran dan Al-Sunnah.
4. Memelihara hak kebajikan, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli.
5. Memberi sumbangan yang berguna untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan Syariah dan undang-undang Negara.
6. Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam atau luar negeri yang sama tujuan dan dasar dengan badan ini.
7. Menjalankan kegiatan untuk melaborkan modal (wang dan hartabenda) persatuan dalam bidang perusahaan (syarikat, saham dll).
8. Persatuan ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti politik.
Image

BAKEMAS, Merupakan singkatan dari BAdan KEbajikan Kakitangan MAhkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan pada 11hb September 1993. BAKEMAS diketuai oleh seorang Yang Dipertua (YDP). YAA Dato' Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan (Ketua Hakim Syar'ie) merupakan YDP BAKEMAS yang pertama dipilih untuk menerajui BAKEMAS mulai tarikh penubuhan sehinggalah 15hb Mac 1996. Selepas 16hb Mac 1996, YA Tuan Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Yaakob telah dipilih sebagai YDP yang baru sehingga Jun 1998. YA Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim telah menggantikan beliau dan menerajui BAKEMAS sehingga 2004. Bagi sessi 2005/2007 jawatan YDP telah disandang oleh YA Tuan Haji Saarani Bin Ismail setelah YA Tuan Haji Mukhyuddin melepaskan jawatan sebagai YDP kerana beliau telah bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

EXCO BAKEMAS Sesi 2019 - 2020

YA Tuan Zulfikri Bin Yasoa  Yang Dipertua

Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad  Timbalan Yang DiPertua

Puan Noralwani Binti Waimin  Setiausaha

Puan Rahiza Binti Ab Rahim  

Encik Faizarul Nizam Bin Azhari  Penolong Setiausaha

Tuan Mohamad Yuszairi Bin Mohamad Zam Zam  Ketua Biro Pendidikan & Dakwah

Tuan Mohd Firdaus Bin Mohed  Ketua Biro Sukan

Encik Mohd Syafiq Bin Ramdzan  Penolong Ketua Biro Sukan

Tuan Mohd Khairi Bin Kamis  Biro Ekonomi

PUAN ANA FAIZA BINTI MD NOR  Ketua Biro Kebajikan

ENCIK SAHARIL BIN ALI   Ketua Biro Tugas-tugas Khas

PUAN NORLIANA BINTI ZAIMON  Ketua Biro Helwa

Muat Turun Borang Tuntuan Sumbangan BAKEMAS

Borang Permohonan Yang Telah Lengkap Diisi Berserta Dokumen Sokongan Yang Berkaitan Boleh Dihantar Kepada Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan