Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 06 April 2021, 01:39:47.

    Total Visitor 9352

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Tatacara Pendaftaran Kes Di Mahkamah Syariah

Pastikan tuntutan yang hendak dibuat dan bidangkuasa Mahkamah yang mendengar tuntutan :

  1. Pastikan alamat tempat tinggal dalam Negeri Selangor atau anda adalah pemastautin dalam Negeri Selangor.
  2. Tuntutan melebihi RM 300,000.00 (Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah) - tuntutan selepas perceraian/Faraid
  3. Tuntutan bawah RM 300,000.00 (Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah) - tuntutan selepas perceraian/Faraid
  4. Kes ubah perintah/laksana perintah di Mahkamah yang mengeluarkan perintah
  5. Kes-kes melibatkan perceraian (Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah) 
  6. Kes-kes melibatkan Poligami, Hadhanah & Harta Sepencarian (Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah)
Persediaan sebelum hadir ke kaunter mahkamah syariah:

  1. Dapatkan borang yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat. (Borang juga boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi JAKESS)
  2. Lengkapkan borang sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak. 

  3. Hantar permohonan anda di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah/  Mahkamah Rendah Syariah berdasarkan bidangkuasa Mahkamah.

Proses di Kaunter Mahkamah Syariah:

  1. Ambil no. giliran sebelum berurusan di kaunter Mahkamah.

  2. Serahkan dokumen pendaftaran dan pastikan anda mendapat nombor pendaftaran. Contoh no. pendaftaran kes: 10100-028-0124-2011

  3. Buat bayaran mengikut permohonan yang difailkan dan pastikan anda mendapat resit bayaran setelah pembayaran dibuat.

  4. Anda akan mendapat tarikh untuk Majlis Sulh/ Sebutan/ Bicara pada hari yang sama selepas kes anda didaftarkan.

  5. Pastikan anda mendapat salinan saman/ permohonan yang lengkap mengandungi tandatangan Pendaftar, tarikh, masa dan tempat bicara.