Assalamualaikum wrt wbt.
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Komunikasi Korporat JAKESS sedang menjalankan Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Terhadap Piagam Pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Bagi Tahun 2019. Kaji selidik ini diadakan bertujuan bagi menilai kepuasan pelanggan yang berurusan dengan jabatan ini. Dapatan daripada kaji selidik ini akan digunakan bagi menilai kualiti perkhidmatan kami serta mencari ruang-ruang penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta khidmat pelanggan di jabatan ini.
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai bagi menjawab kaji selidik ini. Kaji selidik tersebut boleh diakses menerusi pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/1BTpWCIzMs83C5ljwQ4JhS89Jnrf09fJeMEPsBJgESMA/edit?usp=sharing
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor