Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 13 Mei 2020, 05:18:49.

    Total Visitor 6588

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

PROGRAM JOM BACA JAKESS 10 MINIT MELALUI APLIKASI SKYPE

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Shah Alam, 23 April 2020 – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah mengadakan Program Jom Baca 10 minit secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Skype For Business melalui capaian 1govuc.

Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, Program dimulakan dengan bacaan buku selama 10 minit yang disertai oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Pendaftar, YA Puan Noor Huda Roslan dan semua Ketua Unit/Bahagian bagi menyahut seruan kerajaan ke arah budaya membaca amalan mulia.

Bagi menyemarakkan program Jom Baca Bersama yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengambil inisiatif mengadakan Pertandingan Foto @ Video Jom Baca Bersama 2020. Dengan tema Baca&Eratkan, JAKESS mengajak seluruh warga kerja menyertai program ini dengan menghantar foto@ video mengikut kreativiti kepada urusetia pertandingan.

Umum mengetahui bahawa dunia sedang dilanda ujian penularan wabak Covid-19, termasuk Malaysia, negara yang kita sayangi. Bagi menyokong dan menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia dalam mengekang penularan wabak Covid-19 iaitu Duduk Di Rumah, JAKESS percaya ini merupakan masa yang paling sesuai untuk menggalakkan semua ahli keluarga berkumpul dan membaca bersama, sekaligus mengeratkan semula kasih sayang antara satu sama lain.

Salam Ramadhan Kareem

Bahagian Pusat Sumber
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor