
2 September 2020 - Satu lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak Daerah Taiping (bangunan baharu) diketuai oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama beberapa pegawai telah diadakan.
Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian berhubung pewujudan dan pelaksanaan Mahkamah Utama Syariah di Negeri Perak serta program-program invoasi yang dihasilkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Di samping itu, lawatan kerja tersebut juga bertujuan untuk melihat idea seni bina dan kemudahan di bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Taiping.
Terdahulu pada 1 September 2020, lawatan kerja telah diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Prai Tengah (MRSSPT) diketuai oleh YA Tuan Zulfikri Yasoa', Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah diiringi beberapa orang pegawai. Tujuan lawatan kerja tersebut diadakan juga adalah bagi mendapatkan maklumat dan melihat bangunan baharu MRSSPT yang diserahkan pada 15.07.2020 untuk dijadikan sebagai panduan bagi masa akan datang.