Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Jumaat 07 Ogos 2020, 03:31:10.

    Total Visitor 3998

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor

Pada awalnya, penubuhan Mahkamah Rendah Syariah adalah berdasarkan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam No. 2 Tahun 1989 (sekarang dipinda kepada Seksyen 55 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003) yang dikenali sebagai Mahkamah Qadhi.

Mahkamah Rendah Syariah ialah mahkamah yang ketiga mengikut susunan hierarki Mahkamah Syariah Selangor.Sebelum tahun 1991, ia di kenali sebagai Mahkamah Kadi Litar.Semua kes mula didengar dan dibicarakan di mahkamah ini. Mahkamah ini tiada kuasa mendengar kes rayuan. Mahkamah ini hanya mempunyai bidangkuasa yang terbatas mengikut bidangkuasa tempatan iaitu Plaintif atau Defendan yang tinggal atau di mana perlakuan jenayah dilakukan oleh orang yang tertuduh dalam perkara jenayah dan mal.

Pada tahun 1900, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang.

Pada hujung bulan 9 tahun 2002 Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor ditempatkan bersama Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam kerana Bangunan retak dan tidak selamat diduduki.Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengarahkan kakitangan dilokasi tersebut berpindah ke Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam untuk menjalani operasi sementara waktu.Dalam tempoh 2 bulan sahaja, operasi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor berpindah semula ke Kuala selangor disebabkan mendapat banyak aduan dari Pelanggan kerana kesukaran mereka untuk berurusan.

Pada bulan 7 tahun 2010 Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor menjalani operasi sementara waktu di bangunan kedai dengan dibayar sewa oleh JAKESS.

Pada awal bulan 1 tahun 2012 Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor diarahkan berpindah ke Bangunan baru di Jalan Semarak, Bandar Baru, 45000 Kuala Selangor, Selangor sehingga kini.