Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Jumaat 30 Oktober 2020, 06:00:21.

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PETALING

Latar Belakang


Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan kepada Seksyen 44(1) dan 44(2) Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor (1952). Sejak ditubuhkan hingga September 1991, Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditadbirkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mulai 01hb. September 1991, pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah termasuk Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah diasingkan daripada pengurusan pentadbiran JAIS dan dikenali sebagai Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pusat pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor beroperasi di Tingkat 5 & 6, Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sejak tahun 1991, Mahkamah Rendah Syariah Petaling beroperasi di bangunan lama di Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Bangunan lama tersebut hanya mempunyai satu dewan bicara dan kakitangan seramai enam (6) orang termasuk Hakim, Penolong Pendaftar, Pembantu Pendaftar, Penghantar Notis, Pembantu Setiausaha Pejabat dan Pembantu Tadbir. Pada ketika itu, hanya seorang hakim yang mengendalikan kes-kes di bawah bidangkuasa Petaling secara keseluruhan. Namun begitu, terdapat penggiliran hakim daripada daerah lain membantu pengendalian kes-kes di mahkamah tersebut. Pada asalnya, bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Petaling meliputi semua kawasan di dalam sempadan Petaling termasuk Shah Alam. Kemudian, bidangkuasa tersebut telah dipecahkan kepada dua dengan penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam secara rasmi pada 02 Oktober 2003.



Pada 11 November 2011, Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, Shah Alam dan beroperasi sepenuhnya pada 18 November 2011. Perpindahan tersebut berikutan kekurangan ruang dan prasarana asas yang kondusif di bangunan lama selain bertujuan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan serta mempercepatkan perjalanan kes. Kini, mahkamah ini dilengkapi dengan empat dewan bicara namun pada ketika itu jawatan bagi hakim di mahkamah ini hanya seorang. Pada tahun 2012, jawatan hakim telah ditambah menjadi dua orang dan pada tahun 2014 jawatan hakim telah ditambah menjadikan jumlah hakim seramai empat orang.

Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling seperti berikut:

  • Tuan Haji Mohd Shahri bin Haji Ismail (1991- 1997) (Ketua Pejabat)
  • Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (1998-2001) (Ketua Pejabat)
  • Tuan Zulfikri bin Yasoa (2001 – 2005) (Ketua Pejabat)
  • Tuan Ghazali bin Ahmad (2005 – 2011) (Ketua Pejabat)
  • Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad (2011 – 2012) (Ketua Pejabat)
  • Tuan Saharuddin bin Selamat (2012 – 2016) (Ketua Pejabat)
  • Tuan Abd Halim bin Abu Samah (2012 – 2017)
  • Tuan Husaini bin Roslin (2014 – 2020)
  • Tuan Mohd Azlan bin Mohd Azhar (2014 – 2017)
  • Tuan Shukran bin Yusof (2016 - kini) (Ketua Pejabat)
  • Puan Nurul Hidayah binti Jani (2017 - kini)
  • Puan Masroha binti Duki (2018 - kini)
  • Tuan Ali Najmi bin Noordin (2020 - kini)
Bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam

Kini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mempunyai kekuatan seramai 24 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Hakim, Pegawai Sulh, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar, Pembantu Syariah, Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir Kewangan, Pembantu Tadbir Operasi, Pembantu Operasi Pejabat, Penghantar Notis dan Pemandu Kenderaan.

Perubahan besar yang berlaku terhadap perjawatan dan kemudahan serta prasarana di mahkamah ini adalah disebabkan peningkatan pendaftaran kes setiap tahun seperti yang tertera dalam statistik berikut:

 

Kategori Kes

2010

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

Jumlah

Faraid

1,349

1,485

1,470

1,616

1,947

2,140

2,173

1,704

1,632

1,808

17,324

Jenayah

2,407

1,748

2,022

2,913

3,253

3,879

3,504

3,735

3,661

3,281

30,403

Mal

12,327

13,683

14,147

15,633

17,063

18,866

20,581

21,247

20,491

22,738

176,776

Jumlah

16,083

16,916

17,639

20,162

22,263

24,885

26,258

26,686

25,784

27,827

224,503


Jumlah Pendaftaran Kes Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi Tahun 2010-2019


Selain itu, pertambahan perjawatan dan perubahan terhadap kemudahan dan prasarana mahkamah ini adalah untuk meningkatkan penyampaian dan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan.