Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Jumaat 30 Oktober 2020, 06:00:21.

    Total Visitor 12833

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

PENUBUHAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SHAH ALAM

Pendahuluan

Pada awalnya, penubuhan Mahkamah Rendah Syariah adalah berdasarkan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam No. 2 Tahun 1999 (sekarang dipinda kepada Seksyen 55 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dikenali sebagai Mahkamah Qadhi. Pada ketika itu, Mahkamah Qadhi beroperasi di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor. Pentadbiran Mahkamah Qadhi telah diasingkan mulai 1 September 1991 apabila Kerajaan Negeri telah meluluskan perjawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk melantik empat orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah bagi menjalankan tugas serta menyelesaikan kes-kes jenayah dan kes-kes mal orang Islam seluruh negeri Selangor di sebelas buah Mahkamah Rendah Syariah.


Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di bawah pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Mulai tarikh tersebut juga, Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah beroperasi di Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya Selangor. Bidangkuasa untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada ketika itu adalah bagi Daerah Petaling termasuk Shah Alam, Daerah Hulu Langat dan Daerah Sepang.
Walaupun beroperasi di pejabat pentadbiran yang sama, kes-kes yang didaftarkan diberikan kod yang berbeza untuk kes di bawah bidangkuasa Shah Alam dan Petaling Jaya. Kes-kes tersebut telah dikendalikan oleh seorang Hakim dengan dibantu oleh Hakim-hakim daripada daerah lain secara bergilir-gilir.


Penubuhan Dan Operasi Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Dalam usaha Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan dan mempercepatkan pengurusan kes-kes di mahkamah, satu kertas cadangan penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kertas cadangan tersebut telah dirafak sembah kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenankan. Peningkatan jumlah penduduk serta peningkatan jumlah kes dan keperluan semasa ketika itu juga merupakan faktor tambahan yang menyumbang kepada cadangan penubuhan mahkamah tersebut.

Selepas mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Selangor, maka Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam (MRS BSA) telah ditubuhkan. Mahkamah tersebut telah memulakan  operasinya pada 2 September 2002, di Tingkat 5, Bangunan Mahkamah Sultan Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, Persiaran Pegawai 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bagi memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, dengan mengambil kira kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat awam yang berurusan di mahkamah, operasi MRS BSA telah dipindahkan ke Tingkat 3, Bangunan UMNO Selangor, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Majlis perisytiharan Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam telah diperkenan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 2 Oktober 2003 bersamaan 6 Syaaban 1424 bertempat di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sejajar dengan status negeri maju, pihak jabatan turut mengorak langkah dengan strategi pembangunannya dengan mengemukakan permohonan untuk membina ibu pejabat di Shah Alam dan 10 buah mahkamah rendah syariah. Apabila permohonan tersebut telah diluluskan,  pada 18 Julai 2011, MRS BSA telah berpindah ke Tingkat 3, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah bersekali dengan bangunan ibu pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, bersebelahan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor dan beroperasi sehingga sekarang.

Pada awal pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam, kekuatan pegawai dan kakitangan yang menguruskan pentadbiran Mahkamah ini hanyalah seramai empat orang yang terdiri daripada seorang Hakim, Penolong Pendaftar, Pembantu Pendaftar dan Pembantu Am Rendah. Seiring dengan keperluan semasa pada ketika itu, jabatan telah berusaha menambah jumlah pegawai dan kakitangan sokongan bagi menggerakkan operasi pejabat mahkamah ini. Pada ketika itu, bermulalah pertambahan pegawai dan kakitangan yang di tempatkan di pejabat Mahkamah ini.

Kesan daripada peningkatan penerimaan dan pengendalian kes di Mahkamah ini juga, perjawatan sedia ada telah di tambah baik daripada seorang hakim kepada tiga orang hakim termasuk menambah kakitangan sokongan yang menjadi tunjang kepada pengoperasian mahkamah ini sehingga kini. Inisiatif ini teruskan dengan menggilirkan hakim-hakim yang membantu  Walaupun Mahkamah ini telah mempunyai tiga orang Hakim bagi mengendalikan kes, namun penggiliran hakim-hakim yang membantu masih diteruskan sehingga ke hari ini bagi mempercepatkan penyelesaian kes.


Hakim-hakim yang telah berkhidmat di MRS BSA :
  1. Tuan Abu Bakar bin Hj Mohd Daud (Ketua Pejabat); Tempoh berkhidmat: 2000 – 2006
  2. Tuan Shukran bin Yusof; Tempoh berkhidmat: 2004 - 2006 
  3. Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar (Ketua Pejabat); Tempoh berkhidmat: 2007 -2008 
  4. Tuan Saharuddin bin Selamat (Ketua Pejabat); Tempoh berkhidmat: 2015 – 2017
  5. Tuan Masnizar@Mohd Nizar bin Mohtar (Ketua Pejabat); Tempoh berkhidmat: 3 Julai 2017 – sekarang
  6. Tuan Kamarulzaman bin Ali; Tempoh berkhidmat : 2012 – 2014
  7. Tuan Azmi bin Aziz; Tempoh berkhidmat: 2013 – 2016
  8. Tuan Atras Mohamad Zin (Ketua Pejabat); Tempoh berkhidmat: 2012 – 2014
  9. Tuan Muhammad Nazri bin Basrawi; Tempoh berkhidmat:
  10. Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar; Tempoh berkhidmat:
  11. Tuan Muhamad Hisyam bin Zakaria; Tempoh berkhidmat: 2015 – 2018
  12. Tuan Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam; Tempoh berkhidmat:  2018 – 2019
  13. Puan Shanizah binti Ngatiman; Tempoh berkhidmat: 2017 – sekarang
  14. Puan Firdawaty bin Mohamad; Tempoh berkhidmat: 2018 – 2019
  15. Tuan Abdul Majid bin Abdul Rahman; Tempoh berkhidmat: 2017–14 Jun 2020
  16. Puan Siti Rahmah binti Hussin; Tempoh berkhidmat:2019 – sekarang
  17. Puan Atrasina binti Zahrullail; Tempoh berkhidmat:2019 – sekarang
  18. Puan Noralwani binti Waimin; Tempoh berkhidmat:1 Ogos 2019 – sekarang
  19. Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad; Tempoh berkhidmat:1 Ogos 2019 – sekarang
  20. Puan Siti Nazratul Ain binti Sulaiman; Tempoh berkhidmat:15 September 2020 – sekarang