PENGENALAN
Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dikenali BPPS. Terdiri daripada dua (2) unit iaitu Unit Penyelidikan dan Unit Pusat Sumber.
Unit Penyelidikan menempatkan Pegawai Penyelidik atau Research Officer (RO) bagi membantu YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Unit Pusat Sumber pula dibahagikan kepada dua (2) iaitu
Pusat Sumber Utama dan
Mini Pusat Sumber. Pusat Sumber Utama lebih dikenali Pusat Sumber Ibu Pejabat atau Mahkamah Tinggi Syariah bertempat di Shah Alam, Selangor. Pusat Sumber Ibu Pejabat akan membuat penyelarasan dan pemantauan disetiap
Mini Pusat Sumber yang beroperasi di 11 Mahkamah Rendah Syariah Daerah.
Fungsi Bahagian
Unit Penyelidikan JAKESS berfungsi membantu YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi kelancaran kes-kes Syariah di dewan Mahkamah termasuk pengurusan kaunter, urusan pentadbiran serta membantu kelancaran berkaitan kehakiman dan perundangan.
Unit Pusat Sumber JAKESS pula berfungsi menyelia ruang bacaan, bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah dan kitab-kitab serta menguruskan perkhidmatan pinjaman kepada Hakim, Penyelidik, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, termasuk kepada semua kakitangan dan sebagai tempat rujukan kepada para peguam, pendakwa, ahli-ahli akademik, pelajar serta orang awam.
Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber (BPPS) yang diketuai oleh Pegawai Syariah selaku Pegawai Penyelidik Kanan kepada YAA Ketua Hakim Syarie Selangor manakala seramai lima (5) orang Pegawai Penyelidik kepada YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Selain itu, Pusat Sumber mempunyai Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber di daerah-daerah. Manakala terdapat seorang Penyelia Pusat Sumber bersama satu (1) orang Pembantu Pustakawan. Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber yang dilantik adalah sebagaimana berikut :
Bil
|
Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber
|
1
|
Ibu Pejabat/ MTS
|
2
|
MRS Shah Alam
|
3
|
MRS Klang
|
4
|
MRS Petaling Jaya
|
5
|
MRS Hulu Langat
|
6
|
MRS Kuala Langat
|
7
|
MRS Hulu Selangor
|
8
|
MRS Kuala Selangor
|
9
|
MRS Gombak Barat
|
10
|
MRS Gombak Timur
|
11
|
MRS Sepang
|
12
|
MRS Sabak Bernam
|
13
|
MRS Ampang
|