Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 09 September 2020, 13:12:44.

    Total Visitor 7757

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

2 September 2020 - Satu lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak Daerah Taiping (bangunan baharu) diketuai oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama beberapa pegawai telah diadakan.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian berhubung pewujudan dan pelaksanaan Mahkamah Utama Syariah di Negeri Perak serta program-program invoasi yang dihasilkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Di samping itu, lawatan kerja tersebut juga bertujuan untuk melihat idea seni bina dan kemudahan di bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Taiping.

Terdahulu pada 1 September 2020, lawatan kerja telah diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Prai Tengah (MRSSPT) diketuai oleh YA Tuan Zulfikri Yasoa', Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah diiringi beberapa orang pegawai. Tujuan lawatan kerja tersebut diadakan juga adalah bagi mendapatkan maklumat dan melihat bangunan baharu MRSSPT yang diserahkan pada 15.07.2020 untuk dijadikan sebagai panduan bagi masa akan datang.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Audit Dalam ISO MRS Kuala Langat Bagi Tahun 2020 pada 15 dan 16 Julai 2020

 

 

Tidak diterbitkan
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

22 Jun 2020-  Tuan Muhamad Hisyam Bin Zakaria memulakan tugas secara rasmi sebagai Hakim Syarie dan Ketua Pejabat baru di lokasi ini pada hari ini. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Pendakwa Syarie di Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Semua kakitangan Mahkamah mengucapkan selamat datang dan mengharapkan kerjasama yang baik dengan beliau selaku Ketua Pejabat baru agar dapat melancarkan lagi perkhidmatan dan pentadbiran kes syariah di lokasi ini. Mahkamah juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan selamat maju jaya kepada Tuan Mohamad Hanan bin Jalil selaku Ketua Pejabat sebelum ini yang telah berpindah ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang. 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Agama Islam di Selangor telah wujud pada kurun ke 15 melalui negeri Melaka kerana negeri Selangor pada ketika itu di bawah takluk negeri Melaka. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud, Sultan Selangor ke3 (1827-1857), di mana pada tahun 1884, Majlis Mesyuarat Negeri telah mengiktiraf jawatan Kadi dan Imam seterusnya mengambil keputusan untuk melantik seorang Kadi untuk menyelesikan segala hukum-hakam Islam dan istiadat Melayu.

Mulai tahun 1900, jawatan Kadi diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 setiap daerah ada Kadinya. Salah satunya termasuklah daerah Hulu Langat. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat yang dahulunya dikenali sebagai Ulu Langat telah ditubuhkan dan dibina bersebelahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat pada tahun 1980. Mahkamah ini dibina di Jalan Low Ti Kok bersebelahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat dan berhampiran dengan Pekan Kajang.

Pada tahun 2015, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bersebelahan Masjid al-Hasanah. Bangunan tersebut mempunyai 3 Dewan Bicara, 1 bilik Majlis Sulh dan Kaunter Perundangan. Oleh kerana, jajahan kawasan daerah Hulu Langat terlalu besar maka kawasan jajahan daerah ini dipecahkan kepada 2 daerah pada tahun 2014 dengan penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang. Antara hakim yang berpernah berkhidmat di Mahkamah ini ialah Tuan Zakian bin Dio, Tuan Nik Asrulnizam bin Mustapha, Tuan Atras bin Mat Zin, Tuan Abdul Halim bin Abdullah. Kini, Mahkamah ini diketuai oleh Tn Che Abdullah bin Che Hassan dan dibantu oleh 2 orang hakim, seorang pegawai Sulh dan 2 Penolong Pendaftar.