19 Januari 2021 - Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Ampang Selangor telah berjaya menjalankan Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Bil. 4/2020 secara dalam talian yang merupakan salah satu daripada normal baharu yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu kerajaan dalam membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda negara. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pejabat, Tuan Faathir Bin Md Tahir yang turut disertai oleh semua pegawai dan kakitangan MRS Ampang termasuk pegawai yang dijadualkan untuk bekerja dari rumah (BDR) pada hari ini.
Mesyuarat tersebut telah berlangsung selama 3 jam bermula 9.30 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengah hari. Pelbagai agenda dan isu yang telah dibincangkan di peringkat mahkamah ini bagi melancarkan urusan perkhidmatan dan operasi mahkamah sepanjang tahun 2021 terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.
