Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 06 April 2021, 01:39:47.

    Total Visitor 9350

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

9 Jun 2020, Petaling - Mahkamah Rendah Syariah Petaling Selangor telah berjaya menjalankan perbicaraan secara dalam talian bagi kes tuntutan cerai dengan talaq yang melibatkan kehadiran Plaintif dan  peguam Syarienya, Encik Zuri Zabuddin bin Budiman di Mahkamah dan kehadiran Defendan yang berada Amerika Syarikat secara dalam talian melalui sidang video. Perbicaraan yang dilaksanakan secara dalam talian ini adalah atas permohonan Plaintif dan Defendan serta dengan kebenaran Hakim Tuan Ali Najmi bin Mohd Noordin. Perbicaraan yang dikendalikan dalam dwi bahasa Inggeris dan  Melayu ini berjaya memendekkan tempoh penyelesaian kes tersebut serta menjimatkan kos pihak-pihak. Perbicaraan dalam talian melalui kemudahan sidang video yang dibangunkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ini adalah salah satu daripada normal baharu yang diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda negara. Normal ini dilaksanakan secara ketat dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang berjaya dibangunkan oleh JAKESS pada awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). SOP ini juga telah dibentangkan dalam mesyuarat  penyelarasan operasi Mahkamah Syariah seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertanggung jawab untuk menyelaraskan operasi Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. SOP ini telah dipersetujui untuk digunapakai sebagai panduan pengendalian kes melalui sidang video di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dengan ubah suai mengikut prasarana di negeri-negeri. Terdahulu, beberapa “pilot case” melibatkan kes cerai dan kes sulh juga telah berjaya dilaksanakan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor bagi menguji keberkesanan SOP yang telah dibangunkan oleh JAKESS.

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

2 Jun 2020, Shah Alam - Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor telah memberi kebenaran berkaitan Permohonan Baru Peguam Syarie bagi tahun 2020 dibuka semula dari tarikh 3 Jun 2020 hingga 12 Jun 2020 bermula dari 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang. Sekian, harap maklum. 

Tidak diterbitkan
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Assalamualaikum wbt

Untuk maklumat umum, talian telefon MRS Klang mengalami kerosakan. Sebagai alternatif, MRS Klang boleh dihubungi melalui talian sementara 019-2158415 @ 016-6838236.

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Untuk makluman pihak tuan/puan,

SEMAKAN TARIKH PROSIDING, STATUS PERINTAH, BORANG TEMUJANJI MENGAMBIL PERINTAH DAN PEMFAILAN DOKUMEN/KES MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR

Bagi kes di Mahkamah Tinggi Syariah, semak tarikh prosiding akan datang boleh dibuat melalui portal esyariah atau dengan melayari https://bit.ly/32ooc64.

Sekiranya senarai kes tuan/puan tiada dalam semakan, tuan/puan akan dimaklumkan tarikh tangguhan baharu oleh mahkamah melalui Notis Tangguhan atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Untuk pemfailan dokumen atau kes, pihak-pihak perlu buat temu janji dengan menghubungi Mahkamah Tinggi/Rendah Syariah.

Bagi semakan status perintah dan temu janji mengambil perintah boleh dibuat secara atas talian dengan melayari https://bit.ly/32ooc64.

Sekian, terima kasih.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Shah Alam, 23 April 2020 – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah mengadakan Program Jom Baca 10 minit secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Skype For Business melalui capaian 1govuc.

Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, Program dimulakan dengan bacaan buku selama 10 minit yang disertai oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Pendaftar, YA Puan Noor Huda Roslan dan semua Ketua Unit/Bahagian bagi menyahut seruan kerajaan ke arah budaya membaca amalan mulia.

Bagi menyemarakkan program Jom Baca Bersama yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengambil inisiatif mengadakan Pertandingan Foto @ Video Jom Baca Bersama 2020. Dengan tema Baca&Eratkan, JAKESS mengajak seluruh warga kerja menyertai program ini dengan menghantar foto@ video mengikut kreativiti kepada urusetia pertandingan.

Umum mengetahui bahawa dunia sedang dilanda ujian penularan wabak Covid-19, termasuk Malaysia, negara yang kita sayangi. Bagi menyokong dan menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia dalam mengekang penularan wabak Covid-19 iaitu Duduk Di Rumah, JAKESS percaya ini merupakan masa yang paling sesuai untuk menggalakkan semua ahli keluarga berkumpul dan membaca bersama, sekaligus mengeratkan semula kasih sayang antara satu sama lain.

Salam Ramadhan Kareem

Bahagian Pusat Sumber
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor