Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 06 April 2021, 01:39:47.

    Total Visitor 9367

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif

30 Mac 2020, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini mengadakan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (Khas) secara atas talian menggunakan aplikasi Skype For Business melalui capaian 1govuc. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie YAA Dato’ Mohammad Adib bin Hussain itu antaranya membincangkan mengenai gerak kerja operasi jabatan berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan maklum balas tindakan Mesyuarat Pengurusan Pendaftar (Khas) dan Mesyuarat Khas Penyelarasan Tindakan Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari itu disertai seramai 49 ahli mesyuarat yang terdiri daripada Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar serta Ketua-ketua Bahagian dan Unit JAKESS.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

19 Mac 2020, Shah Alam - Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini mengambil inisiatif menjalankan mesyuarat secara atas talian menggunakan aplikasi Skype For Business melalui capaian 1govuc. Sebagai permulaan, Mesyuarat Pengurusan Pendaftar JAKESS yang dipengerusikan oleh Ketua Pendaftar YA Puan Noor Huda binti Roslan dan disertai oleh Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah dan Ketua-ketua bahagian dan unit. Mesyuarat yang dijalankan bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang itu antara membincangkan mengenai arahan dan gerak kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan serta persediaan dan tindakan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. YA Puan Noor Huda turut mengingatkan ahli-ahli mesyuarat agar bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 dan sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikuatkuasakan.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

17 Mac 2020, 9.00 pm - Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Bagi memastikan proses perolehan di Jabatan ini tidak terjejas, JAKESS telah memutuskan untuk meminda tarikh tutup sebutharga-sebutharga yang telah dibuka seperti di dalam Notis Pemakluman tersebut. (Muat turun) 

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

17 Mac 2020, 6.50 pm - Satu Kenyataan Media Tentang Panduan Pengendalian Kes-kes Di Mahkamah Syariah Seluruh Selangor Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Mengelakkan Penularan Wabak COVID-19 Mulai 18 Mac2020 Hingga 31 Mac 2020 telah dikeluarkan untuk makluman dan tindakan semua pihak. Panduan tersebut boleh di Muat turun untuk bacaan lanjut.