Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 06 April 2021, 01:39:47.

    Total Visitor 9351

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Tidak diterbitkan
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

22 Januari 2019, 12.36PM - Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan baru bagi Peguam Syarie Negeri Selangor Tahun 2020 adalah pada 31 MAC 2020 (Selasa) sebelum Jam 5.00 petang.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

6 Ogos 2019, 8:40 a.m - Adalah dimaklumkan bahawa talian telefon MRS Hulu Langat 03 - 89121189 & 03 - 89125145 mengalami gangguan dan tidak berfungsi. Oleh itu Tuan/Puan yang ingin berurusan boleh menghubungi talian sementara 017 - 683 1769. 

Tidak diterbitkan
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

21 Februari 2019, 2:32 p.m - Dukacita dimaklumkan, talian telefon Mahkamah Rendah Syariah Petaling sedang "TERGENDALA" dan kini dalam proses baikpulih.

Sehubungan dengan itu, talian sementara yang digunakan untuk urusan rasmi pejabat adalah di talian berikut :

HP : +6011-3593 5586 / 011-5696 8095

Segala kesulitan amatlah dikesali. 


 * Pengumuman ini akan berterusan sehingga proses baikpulih selesai dijalankan.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

19 Januari 2021 - Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Ampang Selangor telah berjaya menjalankan Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Bil. 4/2020 secara dalam talian yang merupakan salah satu daripada normal baharu yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu kerajaan dalam membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda negara. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pejabat, Tuan Faathir Bin Md Tahir yang turut disertai oleh semua pegawai dan kakitangan MRS Ampang termasuk pegawai yang dijadualkan untuk bekerja dari rumah (BDR) pada hari ini.

 

Mesyuarat tersebut telah berlangsung selama 3 jam bermula 9.30 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengah hari. Pelbagai agenda dan isu yang telah dibincangkan di peringkat mahkamah ini bagi melancarkan urusan perkhidmatan dan operasi mahkamah sepanjang tahun 2021 terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

12 JANUARI 2021 - Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Ampang pada hari ini telah menerima kunjungan pasukan juruaudit dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh Puan Nurul Hidayah Binti Jani. Auditan EKSA yang dijalankan di semua mahkamah syariah seluruh Selangor serta ibu pejabat JAKESS adalah merupakan salah satu kriteria yang diperlukan bagi mengekalkan pensijilan EKSA yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada awal tahun lepas. Juruaudit yang turut sama membantu adalah Puan Zubaidah Binti Mohd Yusof.

 

Di samping itu, auditan pada kali ini juga turut mempertandingkan beberapa kategori EKSA iaitu bilik / ruang kerja terbaik dan pelabelan terbaik yang diadili oleh juri, Puan Siti Madiha Binti Ruzmi. Sekalung tahniah dah syabas diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan MRS Ampang yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan lokasi bersedia diaudit buat kali ini. Semoga teguran dan penemuan auditan pada kali ini mampu menyuntik idea baharu untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di MRS Ampang serta JAKESS amnya.