27 Ogos 2020, SHAH ALAM – Seramai tiga warga kerja Mahkamah Rendah Syariah Ampang yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan cemerlang sepanjang tahun 2019 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan anugerah lain pada hari ini.
Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Dato’ Mohammad Adib bin Husain, hadir menyampaikan anugerah berkenaan pada majlis yang berlangsung di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), di sini. Majlis pada hari ini telah menganugerahkan kepada Puan Norazura binti Salimi, Pembantu Pendaftar (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang), Puan Nurfaseha binti Sabaruddin, Penolong Pendaftar (Anugerah Khas Ketua Hakim Syarie) dan Puan Siti Rashidah binti Sarkom, Pembantu Pendaftar (Anugerah Tokoh AKRAB), di atas komitmen mereka dalam segala tugas yang diamanahkan serta telah memberikan kerjasama yang amat baik terhadap semua pegawai dan kakitangan.

Turut hadir Ketua Pejabat, Tuan Faathir bin Md Tahir bagi mewakili mahkamah ini sebagai penerima jalur gemilang sempena Sambutan Kemerdekaan ke-63 Peringkat JAKESS 2020 yang telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor.