Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 06 April 2021, 01:39:47.

    Total Visitor 9372

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

21 Disember 2020 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menerima seorang pelajar praktikal dari Kolej Teknologi Darulnaim iaitu Ulfah Husna Binti Ahmad Farazila. Pelajar jurusan Syariah ini mula menjalani latihan amali industri pada 30 November yang lalu dan akan berakhir pada 30 Januari 2021. Kakitangan Mahkamah amat mengalu-alukan kehadiran pelajar praktikal ini dan berharap dapat menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik mungkin untuk menimba ilmu dan pengalaman agar dapat dipraktikkan pada masa akan datang.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

16 Oktober 2020 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan pelajar-pelajar praktikal yang telah selesai menjalani latihan amali selama 3 bulan di lokasi ini. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan selama tempoh menjalani latihan amali ini di sini. Pihak mahkamah juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap agar pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi di sini untuk digunakan di masa hadapan kelak. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Nur Aqilah Binti Zabir, Yasmin Binti Yusof, Nur Fatin Ammarah Binti Bahari dan Muhammad Hafizuddin Bin Khairi. 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

22 September 2020 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincangkan Tindakan Pembetulan Audit Dalam bertempat di Bilik Mesyuarat 1. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Abd Halim Bin Abu Samah dan dihadiri oleh semua kakitangan mahkamah. Pada sesi auditan 1-2 Julai 2020 yang lepas, lokasi telah menerima dua Laporan Ketidakpatuhan dan dua Peluang Penambahbaikan. Mesyuarat turut membincangkan mengenai punca ketidakpatuhan dan tindakan pembetulan yang bersesuaian perlu dilaksanakan oleh kakitangan mahkamah.  

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

15 September 2020 - Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain bersama seorang kakitangan Bahagian Pembangunan Jakess Encik Arif Bin Mustapha telah mengadakan lawatan ke MRS Hulu Selangor. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat keadaan pagar dawai mahkamah bersebelahan dengan kawasan perumahan yang berkemungkinan telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana terdapat kesan pagar tersebut telah dipotong. Kejadian ini telah disedari oleh salah seorang kakitangan pembersihan mahkamah iaitu Encik Azhari. Selain itu, YAA Dato' juga turut meninjau projek perobohan kuarters di lokasi MRS Hulu Selangor yang lama. 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

4 September 2020 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat Kakitangan Bil. 2 Tahun 2020 di Bilik Mesyuarat 1 yang dipengerusikan oleh Tuan Abdul Halim Bin Abu Samah. Seramai 9 orang kakitangan yang hadir kecuali Penolong Pendaftar Puan Noor Anisah Binti Tuyot @ Suyot. Mesyuarat ini diadakan secara berkala setiap tahun bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan dan menyampaikan sebarang makluman terkini yang diperolehi daripada pihak Jabatan. Turut dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah laporan-laporan daripada mesyuarat yang berkaitan. Pengerusi mengingatkan kakitangan di lokasi ini untuk memasang doa dhuha dan juga ayat suci al-Qur'an di audio mahkamah selama 15 minit setiap hari bermula 7 September 2020. Selain itu, pengerusi juga mengingatkan agar kakitangan dapat menambahbaik laluan masuk dan keluar di mahkamah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ekoran pandemik Covid-19.