Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Isnin 30 Mac 2020, 06:03:28.

    Total Visitor 634

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Pengurusan Kes Mahkamah

  1. Pastikan pelanggan adalah bermukim/ bermastautin dalam bidang kuasa tempatan mahkamah masing-masing dikenalpasti melalui butiran-butiran berikut:
    » Kad Pengenalan
    » Resit Pengenalan Sementara
    » Surat Pengesahan Qaryah (daripada Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua Pemuda, Ketua Persatuan Penduduk di Taman Perumahan).
    » Bil-bil elektrik dan air sahaja.
    » Pengesahan majikan (Tentera/ polis)
  2. Pastikan semua butir-butir perlu bagi setiap pendaftaran kes mal telah lengkap dan ditandatangani.
  3. Membayar wang/fee secara tunai seperti yang tetapkan.
  4. Kes yang menggunakan khidmat peguam hendaklah disertakan dengan memorandum perlantikan peguam, wakalah, salinan sijil peguam syar’ie dan fee secukupnya
  5. Setiap salinan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan.
  6. Pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas dan khusus peruntukan undang-undang yang mana yang ingin dituntut di Mahkamah.
    “Contoh bagi kes fasakh disebabkan oleh suami dipenjara selama tempoh 3 tahun atau lebih ialah Seksyen 52(1) (c) Enakmen Keluarga Islam Selangor 4/84”
Pengklasfikasian Kes-Kes Saman Dan Permohonan Mahkamah Syariah Selangor
A. Kes-Kes Saman
    Tuntutan Mohon Cerai
    Tuntutan Sah Cerai
    Tuntutan Cerai Ta’liq
    Tuntutan Cerai Fasakh
    Tuntutan nafkah
    Tuntutan Hadhanah
    Tuntutan Poligami
    Wali Enggan
    Engkar Pertunangan
B. Kes-Kes Permohonan
    Ubah Perintah
    Penghinaan Mahkamah
    Anggapan mati
    Perintah Tegahan
    Wali Hakim
    Notis tunjuk sebab
    Pengesahan Nikah
    Injunksi
    Permohonan Ex-Parte
    Bertindak sebagai orang miskin
Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan :-
  • Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;
  • Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;
  • Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali
  • Permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.
 
Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.
Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan;
  • Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
  • Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
           > Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,
           > Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,
           > Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.
  • Hakim jatuhkan hukuman.
 
Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan;
  • Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie;
  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara; iaitu
       › Memberi keterangan bersumpah; atau
       › Memberi keterangan tidak bersumpah; atau
       › Berdiam diri.
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;
  • Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.
Klasifikasi Kes Faraid adalah seperti berikut:-
i.
Nilai harta pusaka melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka yang melebihi RM 100,000.00 permohonan hendaklah difailkan/ didaftarkan terus ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
ii.
Nilai harta pusaka tidak melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka simati yang dibawah RM 100,000.00, permohonan hendaklah difailkan/ daftarkan di Mahkamah Rendah Syariah di daerah di mana pemohon tinggal.
   
Butir-Butir perlu Dalam Setiap Pendaftaran Kes Faraid
i.
Permohonan Persendirian/ Peguam
 
a.
Borang Permohonan Pendaftaran Kes Faraid
 
b.
Surat Akuan Waris
 
c.
Surat Akuan Am 80
 
d.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
 
e.
Salinan Kad Pengenalan waris-waris
 
f.
Salinan dokumen berkaitan harta
 
g.
Jumlah keseluruhan harta pusaka
 
h.
Bayaran sijil faraid akan dikenakan selepas sijil disiapkan berdasarkan kehendak Kaedah Fee dam Kos 1991
     
ii.
Permohonan Melalui Pejabat Pesaka Kecil Daerah/ Amanah Raya
 
a.
Surat permohonan dari Pegawai Pejabat Pesaka Kecil atau Pegawai Amanah Raya dengan menyertakan keputusan perbicaraan waris-waris yang sempurna.
 
b.
Pemohon dikehendaki membayar bayaran pendaftaran dan bayaran sijil faraid setelah sijil disiapkan.
 
c.
Pemohon akan dimaklumkan melalui surat makluman sijil faraid siap dan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan.
 
d.
Pemohon perlu datang untuk mengambil sendiri sijil tersebut

 

PENAFIAN: Segala maklumat dan pengiraan faraid yang terkandung di dalam portal ini yang berkaitan dengan faraid tidak boleh digunakan di dalam mahkamah syariah . ia hanya sebagai maklumat ilmiah sahaja.

Sumber : Portal E-Syariah (http://www.esyariah.gov.my/)


Sistem Pengiraan Faraid Dalam Talian