^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Articles

Soalan Lazim - Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

Soalan 1
Siapakah yang berhak terhadap tuntutan hak jagaan anak ?

Jawapan :
Secara asalnya, Hukum Syarak menetapkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak terhadap penjagaan anak (Hadhanah) sekiranya ibu hilang kelayakan dibawah Hukum Syarak maka hak tersebut diberikan kepada nenek sebelah ibu keatas kemudian barulah bapa. Mahkamah juga boleh mempertimbangkan sekiranya wujud pilihan anak dengan membuat pertimbangan kepada kebajikan dan kepentingan anak tersebut.

Soalan 2
Adakah kelayakan ibu sebagai seorang penjaga yang paling berhak boleh hilang?

Jawapan :
Hak seorang ibu terhadap penjagaan (hadhanah) adalah hilang :
i.    Jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.
ii.    Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
iii.    Jika dia menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
iv.    Jika dia murtad.
v.    Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

Soalan 3
Apakah kelayakan-kelayakan untuk menjadi seorang penjaga bagi kanak-kanak (Hadhinah)?

Jawapan :
Seseorang yang berkelayakan untuk menjadi seorang penjaga mestilah dia :
i.    Sempurna akal.
ii.    Berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih saying yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu.
iii.    Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah.
iv.    Tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Soalan 4
Berapa lamakah tempoh penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan oleh undang-undang?


Jawapan:

Hak penjaga bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki. Manakala umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. Tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan pihak penjaga tersebut, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. Setelah tamatnya hak penjaga tersebut, penjagaan adalah turun kepada bapa dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

Soalan 5
Bagaimanakah hendak memfailkan tuntutan hak jagaan anak (hadhanah) di Mahkamah Syariah?

Jawapan:
Anda boleh memfailkan kes hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah di mana tempat anda
bermastautin.

Soalan 6
Siapakah yang berhak menjadi penjaga (Hadhinah) bagi seorang anak luar nikah (anak tak sah taraf)?

Jawapan :
Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

Klik disini untuk muat turun Borang

Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::