^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Mediation-Arbitration (Med-Arb)

4 Jun 2018- Unit Sulh dari Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR) JAKESS telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Mediation-Arbitration (Med-Arb) bagi membincangkan mengenai kaedah penyelesaian kes-kes di Mahkamah Syariah Selangor melalui proses Med-arb. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YA Tuan Zulfikri bin Yasoa', hakim kanan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan dihadiri oleh wakil Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Peguam Syarie dan pegawai Sulh Selangor.

 

Penyelesaian kes-kes di mahkamah Syariah melalui kaedah Mediation-Arbitration adalah sebuah program inovasi Jabatan, yang mensasarkan kemudahan kepada masyarakat dalam menyelesaikan pertikaian mereka secara aman damai dan menjimatkan masa, tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang di mahkamah.

Mesyuarat ini telah berjalan mengumpulkan pelbagai pandangan dan kritikan dari pelbagai aspek terutama dari sudut undang-undang bagi memastikan pelaksanaan inisitaif Med-Arb ini menepati hukum Syarak dan tidak bersalahan dengan Undang-Undang Keluarga Islam di Selangor yang sedia ada. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan bagi memartabatkan imej Jabatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

  • Tarikh kemaskini: Thursday 06 December 2018, 02:21:51.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::