^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

LAWATAN DARIPADA KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Shah Alam, 11 Oktober 2018 - Seramai 33 orang pegawai Kor Agama ATM (KAGAT) yang terdiri daripada pasukan perkhidmatan Darat, Laut dan Udara hari ini mengadakan lawatan ke bangunan ibu pejabat JAKESS bagi melihat sesi perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Ia antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai KAGAT mengenai pengurusan hal ehwal kekeluargaan khususnya melibatkan kes-kes di Mahkamah Syariah. Terdahulu, kesemua mereka yang juga merupakan peserta Kursus Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Kelas 1 Siri 2/2018 yang diadakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM, Port Dickson itu diberi taklimat berkenaan Mahkamah Syariah Selangor di samping bertukar-tukar maklumat mengenai isu-isu perundangan dan kehakiman Syariah.

  • Tarikh kemaskini: Wednesday 31 October 2018, 08:07:58.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::