^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Kursus Asas Sulh Kepada Imam-imam Seluruh Negeri Selangor Siri 1/2019

Shah Alam, 4 Mei 2019 - Kursus Asas Sulh Kepada Imam-Imam Seluruh Negeri Selangor Siri 1/2019 telah diadakan pada 2-4 Mei 2019 bertempat di Ballroom 3, De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. Seramai 33 orang para Imam bagi zon 1 (Shah Alam, Klang, Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat) telah menghadiri kursus tersebut bersama 14 orang fasilitator dari JAKESS. Kursus ini merupakan salah satu program dalam Pelan Transformasi JAKESS 2017-2020. Inisiatif ini diambil bagi menyokong Dasar Kerajaan Negeri Selangor di bawah Strategi 5 Belanjawan Selangor 2019 iaitu “Rakyat Bahagia, Negara Sejahtera”.

Kursus ini merupakan kerjasama antara JAKESS dan Jabatan Agama Islam Selangor. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk mewujudkan Kumpulan Ketua Masyarakat yang dilengkapkan dengan Skill Mediasi (Sulh) iaitu Teknik-teknik yang mampu membantu dua pihak yang bertelagah agar dapat mencapai perdamaian. Fokus utama program ini ialah untuk menyelesaikan isu rumahtangga di peringkat komuniti  supaya mereka tidak terus membuat keputusan untuk bercerai dan perceraian adalah jalan terakhir bagi apa jua masalah yang timbul sekaligus dalat mengurangkan kadar kes perceraian. Siri 1/2019 ini telah mendapat maklumbalas yang positif dan akan diteruskan pada siri 2/2019.

  • Tarikh kemaskini: Thursday 23 May 2019, 00:44:27.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::