^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Perutusan YAA Ketua Hakim Syarie Selangor Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019/1440H

 

 

PERUTUSAN YAA KETUA HAKIM SYARIE SELANGOR

SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2019/1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, segala kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT di atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada kita untuk menyempurnakan ibadah berpuasa di dalam bulan Ramadhan dan meraikan bulan Syawal yang bakal tiba.

Allah yang Maha besar yang telah menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan kepada umat Islam yang berjaya menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadhan yang lalu. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari umat Islam bergembira. Ini bertepatan dengan mafhum hadis; “Dan bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, iaitu kegembiraan sewaktu berbuka dan kegembiraan ketika bertemu tuhannya” [Bukhari]

 

 

Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal ‘Aidil Wal Faizin kepada seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) tidak kira di mana jua YA/Tuan/Puan berkhidmat sama ada di Ibu Pejabat mahupun di Daerah.

Di sini, saya menyeru semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan untuk merebut peluang pada hari raya ini, menyambutnya bersama ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa yang tercinta dan mengunjungi sanak saudara. Mohonlah kemaafan daripada mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi hayat mereka masih ada. Eratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dengan mengamalkan budaya ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Saya percaya bahawa hubungan baik antara ahli keluarga turut memberi kesan yang baik kepada tugas-tugas kita dalam jabatan ini.

Dalam kesibukan dan keseronokan menyambut hari raya Aidilfitri ini, janganlah lalai dan leka sehingga meninggalkan kewajipan fardhu. Jagalah perlakuan dan percakapan serta cara berpakaian dan jagalah nama baik jabatan tempat kita bekerja.

Kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hatilah semasa memandu di jalan raya. Saya mendoakan YA/Tuan/Puan selamat pulang ke kampung dan selamat ketika pulang untuk kembali bertugas. Diharapkan selepas cuti hari raya ini, semua kakitangan dapat berkerja dalam semangat yang baru untuk kejayaan Jabatan ini.

Diharapkan juga agar nilai ketaqwaan kita akan bertambah dan meningkat jauh lebih baik dari tahun yang sebelumnya bukan sahaja dalam urusan amal ibadah tetapi juga di dalam urusan kerja kerana pekerjaan itu juga adalah sebahagian daripada ibadah.  Dengan takwa, seorang mukmin akan mendapatkan dukungan dan pertolongan dari Allah SWT sepertimana Firman Allah di dalam Surah An-Nahl:128 yang berbunyi:

128. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa, dan orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.

 

Seterusnya tidak lupa juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada YA/Tuan/Puan yang terlibat dalam menjayakan program-program jabatan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak berlangsung. Hanya Allah sahajalah yang selayaknya memberikan ganjaran atas setiap yang telah diusahakan.

Saya serta keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan, Maaf Zahir dan Batin. Semoga rahmat Allah akan sentiasa bersama-sama dengan kita. Inshaa Allah. 

 

YAA TUAN HAJI MOHAMMAD ADIB BIN HUSAIN

KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

3 JUN 2019

  • Tarikh kemaskini: Thursday 20 June 2019, 04:36:26.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::