^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Kenyataan Media Penjelasan Isu “Kaunter Khas (Fast Track) Penceraian” Di Mahkamah Syariah Selangor

SHAH ALAM, 10 Julai 2019 - Merujuk kepada isu “Kaunter Khas (Fast Track) Penceraian” di Mahkamah Syariah Selangor yang dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Keempat Belas, Penggal Kedua, Mesyuarat Kedua, pada 9 Julai 2019 (Selasa), kenyataan rasmi daripada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor adalah seperti berikut:

Pewujudan proses kerja kes cerai secara 'fast track' yang diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada tahun 2015 bukan proses yang diwujudkan semata-mata untuk menyelesaikan kes cerai dengan sewenang-wenangnya tanpa perlu melalui langkah-langkah yang sewajarnya bagi membendung kes penceraian di Negeri Selangor.

Sebaliknya, sebelum sesuatu pasangan suami isteri datang ke Mahkamah untuk memfailkan kes cerai, pasangan ini pada kebiasaannya akan berjumpa dengan Pegawai Runding Cara Keluarga di Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik rumah tangga yang dihadapi oleh mereka. Pemfailan kes di Mahkamah Syariah hanya dibuat setelah usaha melalui rundingcara ini gagal untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Pewujudan proses kerja kes cerai secara 'fast track' adalah bagi menyelesaikan rungutan dan aduan pelanggan Mahkamah Syariah Selangor yang mendakwa bahawa mahkamah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan kes-kes cerai di Negeri Selangor.

Pewujudan proses kerja ini adalah satu prosedur operasi standard (SOP) yang dibangunkan oleh JAKESS bagi mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengendalian kes-kes cerai yang difailkan atas persetujuan bersama suami dan isteri yang sebelum ini mengambil masa sehingga 90 hari untuk diselesaikan.

Pemakaian proses kerja kes cerai secara 'fast track' ini perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) Dokumen telah lengkap;

(b) Suami isteri hadir di mahkamah;

(c) Wujud persetujuan antara suami isteri untuk bercerai secara baik dan harmoni;

(d) Isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut; dan

(e) Mahkamah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan.

Melalui proses kerja ini, kes pasangan suami isteri yang telah bersetuju untuk bercerai akan diselesaikan dalam tempoh 6 jam daripada masa pemfailan kes dan mereka akan menerima Perintah bertulis bermeterai mahkamah dalam tempoh masa tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Selangor bagi tujuan pengeluaran Sijil Cerai.

Kesan inisiatif ini dilihat telah menggalakkan para suami bagi sesuatu perkahwinan yang telah pecah belah untuk menceraikan isteri mereka secara baik selaras dengan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud “Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”. Secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan masalah wanita yang mendakwa diri mereka telah “digantung tak bertali”.

Proses kerja ini sebenarnya telah menjimatkan masa dan kos pihak yang terlibat dan memberi peluang kepada mereka untuk memulakan hidup baharu secara damai tanpa perlu bermusuhan antara satu sama lain, sebagaimana yang biasa berlaku kesan daripada perbicaraan kes yang panjang di mahkamah.

Sehubungan dengan itu, kewujudan proses kerja kes cerai secara 'fast track' ini bukanlah proses yang menggalakkan masyarakat Islam di Selangor untuk bercerai sehingga menyumbang kepada kadar kes penceraian yang tinggi di Negeri Selangor. Sebaliknya, kadar penceraian yang tinggi tercatat di Negeri Selangor adalah disebabkan oleh jumlah penduduk yang ramai di Negeri Selangor berbanding dengan Negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

 

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

10 JULAI 2019

  • Tarikh kemaskini: Friday 06 December 2019, 08:43:23.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::