^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

LAWATAN KERJA KE ASEAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE (AIAC)

28 Ogos 2019 – Bahagian Alternative Dispute Resolution (ADR) JAKESS telah mengadakan lawatan kerja ke AIAC yang bertempat di Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin Kuala Lumpur. Lawatan ini telah diketuai oleh YAA Tuan Muhammad Adib bin Husain (Ketua Hakim Syarie JAKESS), YA Tuan Zulfikri bin Yasoa (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor) serta Pegawai Sulh dari Bahagian ADR JAKESS.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan prosedur Arbitrasi dan Mediasi di AIAC. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat pembukaan dari wakil AIAC. Selesai taklimat, wakil AIAC (Ms Diana Rahman) memberikan penerangan awal berkaitan sejarah penubuhan AIAC di Malaysia. Kemudian, disambung oleh Ms. Michelle yang menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan proses kerja Arbitrasi, peranan Arbitrator dan perbezaan dengan proses mediasi. Peserta juga diberikan ruang untuk sesi soal jawab. Selesai sesi perbincangan, peserta dibawa melawat ke sekitar bangunan di AIAC dan dibawa ke auditorium untuk menonton tayangan video sambil diberikan penerangan oleh wakil AIAC berkaitan program terkini yang akan berlangsung di AIAC. Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar antara pihak peserta lawatan dan pihak AIAC. Hasil lawatan ini, di samping dapat bertukar pandangan antara pihak JAKESS dan AIAC, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan proses Arbitrasi dan Mediasi yang dijalankan oleh pihak AIAC.

  • Tarikh kemaskini: Monday 18 November 2019, 04:32:51.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::