^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 3 Daerah Kuala Langat

 SHAH ALAM, 23 NOV: Seramai 500 peserta menyertai Seminar Kefahaman Undang-undang Syariah Siri ketiga peringkat Kuala Langat di Kompleks Sukan Majlis Daerah Kuala Langat, di sini, hari ini. 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam kenyataan memaklumkan, seminar itu dianjurkan sebagai usaha memberi kesedaran dan kefahaman yang betul berhubung hak diperuntukkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 [Akta 521]. Katanya, ia juga antara inisiatif JAKESS bagi memberi kefahaman kepada umum bagi membendung kes penganiayaan terhadap wanita dan kanak-kanak.“Usaha ini diambil berikutan kadar kefahaman masyarakat Islam terhadap perundangan Syariah masih berada di tahap yang sangat rendah. “Selain itu, ia juga bagi membendung daripada berlakunya penganiayaan khususnya kepada isteri dan anak-anak,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari itu mengupas dua topik utama iaitu Pembubaran Perkahwinan Menurut Undang-undang Keluarga Islam dan Hak-hak Selepas Penceraian. Selain ceramah, turut diadakan pameran serta kaunter rundingcara berkenaan perundangan dan kehakiman syariah. Manakala, peserta pula terdiri daripada kalangan penjawat awam dan swasta, guru, imam dan nazir masjid, badan bukan kerajaan, pelajar dan orang awam dari sekitar Kuala Langat.

 

 

  • Tarikh kemaskini: Friday 06 December 2019, 08:43:23.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::