^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

BAKEMAS

BAKEMAS

BAKEMAS, Merupakan singkatan dari BAdan KEbajikan Kakitangan MAhkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. Ia ditubuhkan pada 11hb September 1993. BAKEMAS diketuai oleh seorang Yang Dipertua (YDP). YAA Dato' Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan (Ketua Hakim Syar'ie) merupakan YDP BAKEMAS yang pertama dipilih untuk menerajui BAKEMAS mulai tarikh penubuhan sehinggalah 15hb Mac 1996. Selepas 16hb Mac 1996, YA Tuan Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Yaakob telah dipilih sebagai YDP yang baru sehingga Jun 1998. Y.A Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim telah menggantikan beliau dan menerajui BAKEMAS sehingga 2004. Bagi sessi 2005/2007 jawatan YDP telah disandang oleh Y.A Tuan Haji Saarani Bin Ismail setelah Y.A Tuan Haji Mukhyuddin melepaskan jawatan sebagai YDP kerana beliau telah bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

MATLAMAT BAKEMAS

1.
Menyatukan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri dan daerah-daerah dengan ikatan kekeluargaan Islam yang akrab.
2.
Meninggikan mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya dilapangan kebajikan, pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, ekonomi dan kemasyarakatan.
3.
Menanam dan memupuk akidah serta kefahaman Islam tulin disamping berusaha menjalankan dakwah Islamiah di kalangan kakitangan khasnya dan masyarakat Islam amnya berdasarkan A-Quran dan Al-Sunnah.
4.
Memelihara hak kebajikan, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli.
5.
Memberi sumbangan yang berguna untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan Syariah dan undang-undang Negara.
6.
Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam atau luar negeri yang sama tujuan dan dasar dengan badan ini.
7.
Menjalankan kegiatan untuk melaborkan modal (wang dan hartabenda) persatuan dalam bidang perusahaan (syarikat, saham dll).
8.
Persatuan ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti politik.

 



DASAR PERSATUAN

"Mengikut Hukum Syarak"

 

MOTTO

"Kesejahteraan dan Ketaqwaan"

 

 

KEAHLIAN

1.      Ahli Biasa - Setiap kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan dengan sendirinya menjadi ahli persatuan.

2.      Ahli Kehormat – Lantikan boleh dibuat kepada mereka yang difikirkan sesuai dan layak kerana jasanya kepada persatuan ataupun khidmat baktinya kepada masyarakat.

PEMBATALAN AHLI

  • Seseorang ahli boleh dibatalkan keahliannya sekiranya:
  • Ditamatkan perkhidmatannya atau berpindah ke Jabatan lain.
  • Berkelakuan tidak baik dan menjatuhkan imej persatuan.
  • Menggunakan persatuan sebagai alat untuk kepentingan diri.

FAEDAH KEBAJIKAN AHLI-AHLI

1.      Persatuan boleh memberi sebarang sumbangan kepada semua ahli-ahlinya yang difikirkan munasabah dan layak menerimanya. Sumbangan ini hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa induk mengenai bentuk dan jumlah sumbangan yang akan diterima oleh ahli mengikut keadaan semasa dan kewangan persatuan.

2.      Asas pemberian sumbangan adalah berdasarkan:

  • Kecemasan – kemalangan, kebakaran, kecurian, kehilangan (ahli sahaja)
  • Perkahwinan – ahli dan anak
  • Kelahiran – anak ahli sahaja
  • Kematian – Suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak ahli
  • Lain-lain yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Induk

3.      Pinjaman kepada ahli

 

JAWATANKUASA INDUK SESI 2017-2019



 

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2017

  • Tarikh kemaskini: Tuesday 12 December 2017, 02:26:37.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

6107755
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
2646
69328
131870
6107755

5.62%
4.39%
1.09%
1.03%
0.03%
87.84%

90 guests
no members

Your IP:54.145.16.43

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::