^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Majlis Bersama Jabatan JAKESS

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

 

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ.

 

Bidang dan Fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

 

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

  • Hal kebajikan
    Perihal mengadakan pusat penjagaan anak-anak kakitangan, kemudahan pantry atau kantin dan lain-lain
  • Hal kewangan
    Hal-hal mengenai pembayaran tuntutan elaun dan kemudahan perubatan atau peralatan serta isu pelarasan gaji dan lain-lain
  • Hal pentadbiran
    Kemudahan/keselesaan ruang pejabat, keselamatan tempat kerja, kebersihan, penggiliran dalam melakukan kerja, peluang untuk latihan dan kursus, isu pakaian di tempat kerja, khidmat kaunseling dan lain-lain.
  • Skim perkhidmatan dan perjawatan
    Hal berkaitan pengisian jawatan yang kosong, pemangkuan jawatan, pertambahan jawatan baru dan skim perkhidmatan yang berssesuaian dengan beban tugas dan lain-lain
  • Elaun dan kemudahan
    Perihal elaun lebih masa, bayaran insentif, imbuhan tetap khidmat awam., peperiksaan kesihatan untuk pegawai 40 tahun ke atas dan laian-lain.
  • Hal perkhidmatan
    Hal berkaitan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), Anugerah Khidmat Cemerlang, Disiplin dan Tatatertib Laporan Penilaian Prestasi dan lain-lain.

 

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

  1. Hubungan dan Sikap Yang Positif hasil dari suasana kerja yang harmonis di atas interprestasi yang jelas mengenai satu-satu tugas yang akan dijalankan.
  2. Kepuasan Pekerja apabila peluang yang diberi kepada pekerja menyuarakan pendapat serta bakat yang ditunjukkan oleh pihak pekerja diterima baik oleh Pihak Pegawai.
  3. Peningkatan Produktiviti hasil dari fasiliti yang mencukupi dan bertepatan dengan fungsi kerja untuk kegunaan pekerja.
  4. Penjimatan Kos apabila kos penyelenggaraan pejabat dikurangkan dengan budaya kerjasama dan perbincangan di pejabat
  5. Kemajuan Kerjaya Pekerja hasil dari peningkatan diri pekerja dari segi percakapan dan keyakinan apabila menjalinkan hubungan komunikasi berkesan dengan Pihak Pegawai.
  6. Sikap Hormat Menghormati hasil dari semangat silaturahim antara pengurusan dan pekerja
  7. Penyelesaian Masalah-masalah yang dicapai melalui perbincangan dan mencari idea bagi penyelesaian masalah.
  8. Kesetiaan para pekerja kepada organisasi apabila melihat Pihak Pegawai menunjukkan komitmen yang tinggi dan menghargai sumbangan para pekerja
  9. Perpaduan dan cohesiveness organisasi apabila Pihak Pekerja berusaha melakukan sesuatu atas kepentingan ramai.
  10. Mengurangkan Pengaduan hasil dari saluran yang disediakan untuk menerima maklum balas dan pengaduan dari pihak pihak awam.
  11. Mengurangkan Kes ‘Surat Layang’ kerana terdapatnya mekanisma keterbukaan Pihak Pegawai dalam menerima isu dari Pihak Pekerja.

 

SENARAI AHLI MBJ WAKIL PENGURUSAN DAN WAKIL PEKERJA 2018-2020

 WAKIL PENGURUSAN 

Pengerusi

YAA Tuan Mohammad Adib bin Husain

Ketua Pendaftar

Puan Noor Huda binti Roslan

Ketua Bahagian Teknologi Maklumat

Encik Ahmad Zuhair Bin A. Mubin

Ketua Bahagian Pembangunan

Puan Rashidah Binti Sapingi @ Shafie

Penolong Akauntan

Puan Rahiza binti Ab Rahim

Penolong Pegawai Tadbir

Mohd Shafrin Azwan bin Samsudin

Penolong Pegawai Tadbir (Aset)

Puan Nur Syamimi binti Jamil

Setiausaha

Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin

 

WAKIL PEKERJA

Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 52 / LS48)

YA Tuan Salehan bin Yatim

Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 44)

Puan Nadiah binti Khamis

Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 41)

Tuan Muhamad Hafiz bin Moksin

Wakil Skim Perkhidmatan Penolong Pendaftar Syariah (Gred LS38/ LS32/ LS29)

Encik Faizarul Nizam bin Azhari

Wakil Skim Perkhidmatan Gred N/FA/J 29/32/36/38/40

Encik Mohd Faris Bin Mustazah

Wakil Skim Perkhidmatan/Pembantu Tadbir (P/O) Gred N26, Pembantu Tadbir (W) Gred W22/ Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22

Puan Rubiah binti Baharuddin

Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Syariah Gred LS 22/LS19

Encik Mohd Anas bin Kadir

Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (Gred N19/N28/N29)

Puan Juliana binti Abd Razak

Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Puan Nurul Hanisah binti Jumri

Wakil Skim Perkhidmatan Jurubahasa Gred L19/Pembantu Perpustakaan  Gred S19   /Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19/ Juruteknik Gred J19

Puan Nur Zakina Elmy binti Ahmad Zaki

Wakil Skim Perkhidmatan Gred N19

Encik Ahmad Syahir bin Saari

Wakil Skim Perkhidmatan Pemandu Gred H11

Encik Mohd Zulkarnain bin Shahdan

Wakil Skim Perkhidmatan Penghantar Notis Gred N14/Gred N11

Encik Moh Iszanis bin Bakar

Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11

Puan Herni Yanti binti Harun

 

  • Tarikh kemaskini: Wednesday 31 October 2018, 08:07:58.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::