BAKEMAS

BAKEMAS

Dengar / Hear

SEJARAH PENUBUHAN 

BAKEMAS, Merupakan singkatan dari BAdan KEbajikan Kakitangan MAhkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. Ia ditubuhkan pada 11hb September 1993. BAKEMAS diketuai oleh seorang Yang Dipertua (YDP). YAA Dato' Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan (Ketua Hakim Syar'ie) merupakan YDP BAKEMAS yang pertama dipilih untuk menerajui BAKEMAS mulai tarikh penubuhan sehinggalah 15hb Mac 1996. Selepas 16hb Mac 1996, YA Tuan Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Yaakob telah dipilih sebagai YDP yang baru sehingga Jun 1998. YA Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim telah menggantikan beliau dan menerajui BAKEMAS sehingga 2004. Bagi sessi 2005/2007 jawatan YDP telah disandang oleh YA Tuan Haji Saarani Bin Ismail setelah YA Tuan Haji Mukhyuddin melepaskan jawatan sebagai YDP kerana beliau telah bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

MATLAMAT BAKEMAS

1.
Menyatukan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri dan daerah-daerah dengan ikatan kekeluargaan Islam yang akrab.
2.
Meninggikan mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya dilapangan kebajikan, pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, ekonomi dan kemasyarakatan.
3.
Menanam dan memupuk akidah serta kefahaman Islam tulin disamping berusaha menjalankan dakwah Islamiah di kalangan kakitangan khasnya dan masyarakat Islam amnya berdasarkan A-Quran dan Al-Sunnah.
4.
Memelihara hak kebajikan, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli.
5.
Memberi sumbangan yang berguna untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan Syariah dan undang-undang Negara.
6.
Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam atau luar negeri yang sama tujuan dan dasar dengan badan ini.
7.
Menjalankan kegiatan untuk melaborkan modal (wang dan hartabenda) persatuan dalam bidang perusahaan (syarikat, saham dll).
8.
Persatuan ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti politik.

 

DASAR PERSATUAN

"Mengikut Hukum Syarak"

 

MOTTO

"Kesejahteraan dan Ketaqwaan"

 

KEAHLIAN

  1. Ahli Biasa - Setiap kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan dengan sendirinya menjadi ahli persatuan.
  2. Ahli Kehormat - Lantikan boleh dibuat kepada mereka yang difikirkan sesuai dan layak kerana jasanya kepada persatuan ataupun khidmat baktinya kepada          masyarakat.

 

PEMBATALAN AHLI

Seseorang ahli boleh dibatalkan keahliannya sekiranya:

  1. Ditamatkan perkhidmatannya atau berpindah ke Jabatan lain.
  2. Berkelakuan tidak baik dan menjatuhkan imej persatuan.
  3. Menggunakan persatuan sebagai alat untuk kepentingan diri.

 

FAEDAH KEBAJIKAN AHLI-AHLI

1. Persatuan boleh memberi sebarang sumbangan kepada semua ahli-ahlinya yang difikirkan munasabah dan layak menerimanya. Sumbangan ini hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa induk mengenai bentuk dan jumlah sumbangan yang akan diterima oleh ahli mengikut keadaan semasa dan kewangan persatuan.

2. Asas pemberian sumbangan adalah berdasarkan:

  • Kecemasan – kemalangan, kebakaran, kecurian, kehilangan (ahli sahaja)
  • Perkahwinan – ahli dan anak
  • Kelahiran – anak ahli sahaja
  • Kematian – Suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak ahli
  • Lain-lain yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Induk

3. Pinjaman kepada ahli

4. Muat Turun (Borang Tuntuan Sumbangan BAKEMAS)

 

JAWATANKUASA INDUK SESI 2019-2021

YDP BAKEMAS Tuan Zulfikri Bin Yasoa
Timbalan YDP BAKEMAS Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad
Setiausaha BAKEMAS Puan Noralwani Binti Waimin
Penolong Setiausaha BAKEMAS Tuan Faizarul Nizam Bin Azhari
Bendahari BAKEMAS Puan Rahiza Binti Ab Rahim
Biro Pendidikan & Dakwah BAKEMAS Tuan Mohamad Yuszairi Bin Mohamad Zam Zam
Biro Ekonomi BAKEMAS Tuan Mohd Khairi Bin Kamis
Biro Sukan BAKEMAS

Tuan Firdaus Bin Mohed

Encik Mohd Syafiq Bin Ramdzan

Biro HELWA BAKEMAS Puan Norliana Binti Zaimon
Biro Tugas-tugas Khas BAKEMAS Encik Saharil Bin Ali
Biro Kebajikan BAKEMAS Puan Ana Faiza Bt Md Nor
Juru Kira-kira 1 BAKEMAS Puan Siti Aminah Binti Husain
Juru Kira-kira 2 BAKEMAS Tuan Aris Fadhilah Bin Ramli