^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga

LATARBELAKANG PENUBUHAN BSK

Isu tuntutan nafkah dan penguatkuasaannya merupakan isu utama yang sentiasa menjadi rungutan terutama di kalangan isteri atau isteri yang diceraikan atau ibu kepada anak-anak yang diceraikan. Walaupun Undang-Undang Keluarga Islam mempunyai peruntukan undang-undang yang terperinci tentang nafkah, tetapi masih terdapat kelemahan yang ketara dalam penguatkuasaan nafkah terutamanya jika bekas suami atau bapa yang bertanggunjawab membayar nafkah gagal memberi kerjasama atau cuai.
Justeru itu, melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 46, yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri memutuskan untuk menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Penubuhan BSK ini adalah bagi membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan tuntutan dan penguatkuasaan Perintah nafkah.

VISI BSK

“Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pewujudan masyarakat penyayang,penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif”

 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN BSK

  • Merealisasikan pelaksanaan dan pematuhan kepada setiap keputusan/perintah mahkamah yang melibatkan isu-isu berkaitan kekeluargaan.
  • Meningkatkan status dan bidangkuasa Mahkamah Syariah terutama dalam aspek pematuhan perintah mahkamah dan aspek pelaksanaan.
  • Mengatasi masalah isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah kehakiman.
  • Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam institusi kekeluargaan;
  • Menyelesaikan dan mengenalpasti masalah pemiutang penghakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya;
  • Memberi khidmat nasihat perundangan syarie kepada pihak-pihak terlibat dari segi prosedur undang-undang, hukum syarak, perlaksanaan tuntutan nafkah dan sebagainya yang melibatkan kekeluargaan Islam samada individu atau orang awam.
 
PERANAN DAN FUNGSI BSK
  • Memberi nasihat perundangan Syariah kepada pihak-pihak yang telah dikeluarkan perintah Nafkah Anak oleh Mahkamah Syariah.
  • Memantau tugas Bailif dan melaksanakan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan nafkah supaya perintah tersebut dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak
  • Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan perintah penguatkuasaan serta perintah pelaksanaan penghakiman oleh Mahkamah Syariah antara negeri-negeri dapat berjalan lancar tanpa sebarang halangan.
  • Menguruskan bantuan sokongan kewangan kepada anak yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh suami samada dalam perkahwinan atau perceraian berdasarkan hukum syarak.
  • Melaksanakan pengurusan bantuan sokongan yang berbentuk moral/nasihat serta kewangan kepada pihak yang terlibat dalam terutamanya yang berkaitan pembiayaan nafkah mengikut lunas-lunas hukum syarak.

 

BSK TRANSIT

OBJEKTIF BSK TRANSIT

Objektif BSK Transit adalah untuk :
  • menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkamah Syariah Negeri Selangor dalam prosiding perbicaraan;
  • melicinkan perjalanan prosiding kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor;
  • mengurangkan beban kewangan pihak-pihak yang kurang berkemampuan berulang alik menghadiri prosiding kes di Mahkamah Syariah melalui pembiayaan kos perbelanjaan pengangkutan, penginapan, dan makan minum; dan
  • melindungi keselamatan pihak-pihak terutamanya golongan ibu tunggal yang sesetengahnya terpaksa bermusafir untuk menghadiri kes di Mahkamah Syariah.

SKOP PERKHIDMATAN BSK TRANSIT
  • Perkhidmatan BSK Transit disediakan kepada pemohon yang bermastautin di mana-mana negeri di Malaysia yang mempunyai prosiding kes di Mahkamah Syariah Selangor.
  • Perkhidmatan BSK Transit merupakan bantuan perkhidmatan penginapan sementara yang disediakan kepada pihak-pihak yang berkelayakan termasuk pembiayaan kos perbelanjaan pengangkutan dan makan minum.

KRITERIA DAN CIRI-CIRI PEMOHON
Kriteria dan ciri-ciri kelayakan permohonan perkhidmatan BSK Transit adalah seperti berikut :
  • pemohon beragama Islam;
  • merupakan pihak di dalam prosiding di Mahkamah Syariah Negeri Selangor;
  • berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan.
TATACARA PERMOHONAN
 
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai BSK dengan mengemukakan dokumen berikut:

 

1. Borang permohonan BSK Transit;

2. Salinan kad pengenalan pemohon;

3. Salinan notis kehadiran dan/atau notis tangguhan dari Mahkamah Syariah; dan,

4. Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan.

 

* Permohonan BSK Transit hendaklah dihantar selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh perbicaraan.

 

  • Tarikh kemaskini: Thursday 19 October 2017, 09:13:09.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5852339
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
2980
80237
116343
5852339

5.56%
4.22%
1.10%
1.05%
0.03%
88.04%

39 guests
no members

Your IP:54.80.132.10

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::