^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Sulh

           Sulh merupakan suatu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap sesuatu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor, dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi, yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian dicapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa

 

Pada awalnya perlaksanaan sulh di Selangor dijalankan secara tidak rasmi di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah atas inisiatif hakim bicara apabila hakim bicara mendapati pihak-pihak ada ruang untuk penyelesaian. Keadaan ini perlu kerana hakim bicara terbeban dengan jumlah kes yang banyak. Penyelesaian secara sulh dapat membantu hakim bicara mengurangkan kes-kes yang tertunggak.

 

Bermula 1hb. Mei 2002, Mahkamah Syariah Selangor telah melaksanakan secara rasmi proses Sulh sebagaimana yang terkandung di dalam Kaedah-kaedah Mal (Sulh) Selangor (2001) berdasarkan peruntukan Seksyen 87 dan 88 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor (1991), tetapi telah diberi ‘gaya baru’ bagi menjadikan peranan Mahkamah Syariah Selangor lebih berkesan di samping membantu pihak-pihak yang bertikai di mahkamah menyelesaikan pertikaian mereka tanpa perlu melalui perbicaraan. Setelah Kaedah Sulh diwartakan, kerajaan negeri telah meluluskan perlantikan Pegawai Syariah Gred L3 (sekarang LS41) bertaraf kontrak seramai 11 orang untuk berkhidmat sebagai Pegawai Sulh di 10 daerah Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan seorang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

 

Kelayakan minimum Pegawai Sulh adalah Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam atau Diploma yang setaraf dengannya, kelayakan ini adalah sama dengan kelayakan seseorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Semua pegawai ini telah dilantik dan mula berkhidmat mulai 15hb. April 2002. Pegawai Sulh Selangor terdiri dari 7 orang pegawai lelaki dan 3 orang perempuan. Sehingga ke hari ini Skim Perjawatan Pegawai Sulh telah berkembang menjadi 13 orang pegawai yang terdiri dari 8 orang lelaki dan 5 orang perempuan iaitu 2 orang Pegawai bertugas di Mahkamah Tinggi dan selainnya di Mahkamah Rendah Syariah di daerah-daerah.

  • Tarikh kemaskini: Thursday 19 October 2017, 09:13:09.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5852428
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
3069
80326
116343
5852428

5.56%
4.22%
1.10%
1.05%
0.03%
88.04%

80 guests
no members

Your IP:54.80.132.10

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::