^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Latar Belakang KHS

 LATAR BELAKANG KETUA HAKIM SYARIE

YAA HAJI MOHAMMAD ADIB BIN HUSAIN

A.M.N., S.M.S.


Dilahirkan pada 19 November 1967 di Sabak Bernam, Selangor. YAA telah berkahwin dengan Puan Nor Suhailati Binti Abdul Manan dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Undang-Undang Islam Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM), Diploma Pentadbiran dan Kehakiman Islam Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Muda Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM).

YAA telah memulakan kerjaya sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka pada 1 September 1995 hingga 15 Februari 2004. Kemudian YAA telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pusat Sumber dan Penerbitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada 16 Februari 2004 hingga 30 November 2008. Pada 1 Disember 2008 hingga 9 Oktober 2009 YAA telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor pada 10 Oktober 2009 hingga 30 September 2014. YAA juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pendakwa Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober 2014 hingga 15 Disember 2016. YAA kemudiannya kembali bertugas di JAKESS sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor pada 16 Disember 2016 sebelum dilantik secara rasmi sebagai Ketua Hakim Syarie  Selangor pada 3 Julai 2017.

YAA juga telah dilantik sebagai ahli panel dan ahli jawatankuasa dalam pelbagai jawatankuasat antaranya Ahli Panel Majlis Perundingan Islam di bawah YAB Timbalan Perdana Menteri (Kluster Undang-Undang), Ahli Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang-Undang Keluarga Islam, di bawah Jawatankuasa Teknikal Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panel Penilai Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pindaan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor, Ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Selangor.

YAA telah dianugerahkan pingat Setia Mahkota Selangor (SMS) pada tahun 2011 dan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2013.

 

 

 

  • Tarikh kemaskini: Tuesday 24 December 2019, 01:32:41.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::