Tatacara Pendaftaran

Tatacara Pendaftaran

Dengar / Hear

Tatacara Pendaftaran Kes Di Mahkamah Syariah

 

-       Pastikan tuntutan yang hendak dibuat dan bidangkuasa Mahkamah yang mendengar tuntutan :

  1. Pastikan alamat tempat tinggal dalam Negeri Selangor atau anda adalah pemastautin dalam Negeri Selangor.
  2. Tuntutan melebihi RM 300,000.00 – bidangkuasa MTS      -    tuntutan selepas
  3. Tuntutan bawah RM 300,000.00 – bidangkuasa MRS          perceraian/Faraid
  4. Kes ubah perintah/laksana perintah di Mahkamah yang mengeluarkan perintah
  5. Kes-kes melibatkan perceraian – bidangkuasa MRS
  6. Kes-kes melibatkan Poligami, Hadhanah & Harta Sepencarian – bidangkuasa MTS

-       Dapatkan borang yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat. (borang juga boleh di muat turun dari laman web JAKESS ini. ~klik sini

-       Lengkapkan borang sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak. 

-       Hantar permohonan anda di kaunter pendaftaran MTS/ MRS berdasarkan bidangkuasa Mahkamah.

-       Ambil no. giliran sebelum berurusan di kaunter Mahkamah.

-       Serahkan dokumen pendaftaran dan pastikan anda mendapat nombor pendaftaran. Contoh no. pendaftaran kes :10100-028-0124-2011

-       Buat bayaran mengikut permohonan yang difailkan dan pastikan anda mendapat resit bayaran setelah pembayaran dibuat.

-       Anda akan mendapat tarikh untuk Majlis Sulh/ Sebutan/ Bicara pada hari yang sama selepas kes anda didaftarkan.

-       Pastikan anda mendapat salinan saman/permohonan yang lengkap mengandungi tandatangan Pendaftar,tarikh,masa dan tempat bicara.

 

Muat turun Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi, Elaun dan Kos) 2006

Muat turun Elaun dan Kos 2006