Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Thursday 02 December 2021, 00:39:03.

    Total Visitor 2596

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

18 November 2021 - Telah berlangsung Mesyuarat dan Bengkel Pelan-Pelan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang bertempat di Geno Hotel, Shah Alam pada 16-18 November 2021.

Bengkel dirasmikan oleh YAA Dato' Muhammad Adib Bin Husain dan disertai oleh ahli jawatankuasa bagi membincangkan enam pelan-pelan jabatan.

Turut hadir ialah Tuan Nur Iskandar Bin Nur Dzainuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar yang telah membimbing ahli bengkel merangka dan memperincikan pelan-pelan jabatan sedia ada.

Enam pelan-pelan jabatan tersebut termasuklah Pelan Strategik Jabatan, Pelan Strategik Sumber Manusia, Pelan Pengurusan Risiko, Pelan Kesinambungan Perkhidmatan, Pelan Tindakan Inovasi dan Pelan Transformasi.


Diharapkan menerusi pelan-pelan yang telah disiapkan mampu memanfaatkan dalam pengurusan dan pentadbiran JAKESS.

 

   

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

19 November 2021 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Jabatan Bil 4/2021, Sambutan Intergriti dan Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada Jumaat, 19 November 2021. Majlis berlangsung secara hibrid dijalankan dalam keadaan sederhana dengan mematuhi SOP. Dalam amanat disampaikan YAA Dato' Muhammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor pada majlis tersebut banyak menekankan berkenaan tatatertib serta etika sebagai penjawat awam.

Turut hadir ialah Puan Rosaniza Binti Omar, Penolong Setiausaha Bahagian Naik Pangkat & Tatatertib yang berkongsi ceramah bertajuk Kehadiran Dan Cuti: Kesalahan-Kesalahan Yang Lazim Dilakukan. Bersempena Hari Inovasi juga, pembentangan Inovasi JAKESS berkenaan Rekod Latihan dan Rekod Fail telah disampaikan kepada warga JAKESS. Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah pertandingan khat serta hari sukan JAKESS yang dikelolakan oleh BAKEMAS.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada KIK-D Blast serta pengumuman pertandingan EKSA bagi tahun 2021. Ayuh saksikan video sorotan Majlis Perhimpunan Jabatan Bil.4/2021, Sambutan Hari Intergriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang disediakan oleh Bahagian Teknologi dan Maklumat Komunikasi JAKESS.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Semua urusan di kaunter Mahkamah Syariah Selangor dibuka sepenuhnya tanpa janji temu kecuali melibatkan urusan pengambilan perintah/penghakiman yang perlu dibuat janji temu terlebih dahulu melalui pautan https://bit.ly/3ufJOwA.

Isnin hingga Khamis

Waktu Operasi Kaunter

Sesi 1: 8.00 pagi - 1.00 petang

Sesi 2 : 2.00 petang - 4.30 petang

Waktu Pendaftaran & Pembayaran

Sesi 1: 8.00 pagi – 12.30 Tengah hari

Sesi 2: 2.00 petang - 2.45 petang

Jumaat

Waktu Operasi Kaunter

Sesi 1: 8.00 pagi - 12.15 tengahari

Sesi 2: 2.45 petang - 4.30 petang

Waktu Pendaftaran & Pembayaran


Sesi 1: 8.00 pagi - 11.30 pagi

Pelanggan perlu berstatus Risiko Rendah COVID-19 di aplikasi MySejahtera.

Sila patuhi SOP yang ditetapkan ketika berurusan di JAKESS.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

SELASA, 9 November 2021- Satu sesi latihan Pangkalan Data Atas Talian CLJ telah diadakan pada jam 2.30 petang. Latihan ini  telah diadakan secara hibrid iaitu latihan secara bersemuka dan dalam talian melibatkan Pegawai-Pegawai Syariah Jakess. Antara objektif latihan adalah memastikan Pegawai Syariah menggunakan CLJ dengan cara terbaik dan optimum dalam melaksanakan tugasan harian dan penyelidikan yang diperlukan. Latihan ini telah dikendalikan oleh pegawai dari CLJ iaitu Encik Syed Mohd Aris dan dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Inovasi.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

8 November 2021- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima anugerah "Ace of Initiative" bersempena Muzakarah Pegawai-pegawai Sulh Seluruh Malaysia Kali ke-14 tahun 2021 bertempat di Swiss Garden Hotel, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur. Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada JAKESS di atas kejayaan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti kepada masyarakat umum dalam usaha menyampaikan maklumat di samping menggalakkan penyelesaian kes secara alternatif selain penglibatan aktif para Pegawai Sulh di dalam program-program tersebut.

Sebanyak 5 anugerah diberikan dalam program ini iaitu :
1) Anugerah Star Service (individu) - JKSN Negeri Sembilan
2) Anugerah Ace of Initiative (berkumpulan)- JAKESS
3) Anugerah Above & Beyond (berkumpulan) - MSN Melaka
4) Anugerah Sulh Wow (individu) - JKSN Terengganu
5) Anugerah PhD - Kelantan.

Program muzakarah ini merupakan program tahunan anjuran Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM sebagai salah satu platform untuk mempertingkatkan visibility jabatan selain daripada menyelaras dan menyeragamkan pengurusan Sulh antara negeri-negeri dengan lebih dinamik dan proaktif. Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.