Pastikan tuntutan yang hendak dibuat dan bidangkuasa Mahkamah yang mendengar tuntutan :
- Pastikan alamat tempat tinggal dalam Negeri Selangor atau anda adalah pemastautin dalam Negeri Selangor.
- Tuntutan melebihi RM 300,000.00 (Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah) - tuntutan selepas perceraian/Faraid
- Tuntutan bawah RM 300,000.00 (Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah) - tuntutan selepas perceraian/Faraid
- Kes ubah perintah/laksana perintah di Mahkamah yang mengeluarkan perintah
- Kes-kes melibatkan perceraian (Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah)
- Kes-kes melibatkan Poligami, Hadhanah & Harta Sepencarian (Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah)
Persediaan sebelum hadir ke kaunter mahkamah syariah:
- Dapatkan borang yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat. (Borang juga boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi JAKESS)
-
Lengkapkan borang sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak.
-
Hantar permohonan anda di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah/ Mahkamah Rendah Syariah berdasarkan bidangkuasa Mahkamah.
Proses di Kaunter Mahkamah Syariah:
-
Ambil no. giliran sebelum berurusan di kaunter Mahkamah.
-
Serahkan dokumen pendaftaran dan pastikan anda mendapat nombor pendaftaran. Contoh no. pendaftaran kes: 10100-028-0124-2011
-
Buat bayaran mengikut permohonan yang difailkan dan pastikan anda mendapat resit bayaran setelah pembayaran dibuat.
-
Anda akan mendapat tarikh untuk Majlis Sulh/ Sebutan/ Bicara pada hari yang sama selepas kes anda didaftarkan.
-
Pastikan anda mendapat salinan saman/ permohonan yang lengkap mengandungi tandatangan Pendaftar, tarikh, masa dan tempat bicara.