Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 29 Jun 2022, 05:28:23.

    Total Visitor 2018

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

JAKESS BERJAYA MENGEKALKAN PENSIJILAN MS ISO 9001: 2015 DAN MS 1900: 2014

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
 
22 Jun 2022, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) semalam telah selesai melaksanakan sesi pengauditan Pensijilan Semula MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014 yang telah dilaksanakan selama tiga hari bermula 20 Jun 2022 hingga 22 Jun 2022.
 
Sukacita dimaklumkan JAKESS telah berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001: 2015 dan MS 1900: 2014 dengan 0 NCR dan 4 OFI bagi tempoh 3 tahun.
 
Sesi pengauditan bermula dengan Mesyuarat Pembukaan pada hari pertama dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang turut disertakan pembentangan pengurusan kualiti JAKESS oleh Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS seterusnya Mesyuarat penutupan yang juga dipengerusi oleh Ketua Hakim Syarie Selangor.
 
Siri auditan kali ini meliputi lokasi Ibu Pejabat, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Mahkamah Rendah Syariah Ampang dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
 
Jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hanidah binti Ghazali selaku Ketua Auditor bersama auditor-auditor yang lain dari pihak SIRIM iaitu Dr. Hisham bin Sabri, Encik Mohd Hisyam bin Mahadi dan Puan Asiyah Binti Haron diatas kerjasama dan sepanjang sesi auditan ini berjalan.
 
Jabatan juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JAKESS yang telah bertungkus lumus dalam memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah dapat dilaksanakan di jabatan ini sekaligus mengekalkan sijil pengurusan MS ISO 9001: 2015 dan MS 1900: 2014.