button
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 30 Mei 2023, 02:24:14.

    Total Visitor 4756

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

PROGRAM SYARAHAN PROFESOR ADJUNG

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
 
 
7 Julai 2022 – YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor telah diberi penghormatan untuk menyampaikan syarahan dalam Program Syarahan Profesor Adjung yang dianjurkan oleh Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM). YAA Dato’ telah membentangkan syarahan bertajuk “Pemakaian Konsep Ijtihad di Mahkamah Syariah” dan disampaikan secara atas talian.
 
Program yang bermula tepat pada jam 11:00 pagi ini telah disertai lebih daripada 207 orang yang terdiri daripada mahasiswa Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) dan mahasiswa jurusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) UiTM. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh warga UiTMLaw dan kakitangan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
 
Syarahan ini membentangkan konsep ijtihad yang diamalkan di Mahkamah Syariah, kepentingan yang timbul selari dengan perkembangan semasa yang memerlukan jawapan hukum terutama dalam bidang perundangan syariah umumnya dan khususnya amalannya di Malaysia. Antara isu-isu semasa yang diulas oleh YAA Dato’ berkenaan dengan pelaksanaan ijtihad yang berlaku di Malaysia antaranya berhubung dengan penetapan jumlah bagi nafkah, mut’ah dan isu kewangan dalam menangani peningkatan sara hidup dan inflasi.
 
Di akhir syarahan, YAA Dato’ telah menyimpulkan bahawa ijtihad hakim adalah sangat diperlukan terhadap perkara-perkara baru dalam pengembangan hukum dan perundangan. Walaupun terdapatnya undang-undang yang telah digazetkan namun masih wujud ruang-ruang ijtihad yang boleh dilaksanakan oleh hakim. Hasil ijtihad hakim ini memberikan manfaat kepada perkembangan agama, undang-undang dan kemaslahatan masyarakat.
 
YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan menyertai syarahan ini dan memberikan ucapan penghargaan kepada YAA Dato' Mohammad Adib atas perlantikan sebagai Profesor Adjung dan terima kasih kepada UiTM atas penghargaan yang diberikan kepada Pegawai Syariah secara amnya. YAA Dato’ Setia turut menasihati mahasiswa untuk membuat persiapan dalam mendepani cabaran undang-undang selepas tamat pengajian kerana mahasiswa akan memainkan peranan penting dalam memertabatkan Perundangan Syariah di Malaysia.
 
Sebagai rekod, YAA Dato’ merupakan Prof Adjung bagi Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 1 September 2020.