Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 15 November 2022, 02:15:43.

    Total Visitor 4234

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

300 SERTAI SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 4 ZON KUALA SELANGOR & SABAK BERNAM

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Kuala Selangor, 20 Oktober 2022 - Seminar Kefahaman Syariah Undang-Undang Siri 4 yang membawa topik Poligami, Antara Wajib dan Sunnah disertai hampir 300 orang peserta bertempat di Dewan Raja Lumu disini.

Seminar yang dirasmikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor ini merupakan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bersama Lembaga Zakat Selangor dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia.

Seminar kali ini dibarisi panel-panel berwibawa iaitu Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS dan Tuan Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab, Pendaftar JAKESS.

Topik poligami dipilih bagi Seminar Siri ke-4 apabila dilihat muktahir ini, berlakunya salah faham masyarakat berkenaan poligami dan sering didebatkan di dalam media sosial selain faktor wujudnya sendiket Nikah Haram yang menawarkan jalan mudah iaitu poligami tanpa kebenaran mahkamah khususnya di negara-negara seberang.

YAA Ketua Hakim Syarie dalam ucapan perasmiannya berkata “Poligami tanpa kebenaran ini mendatangkan implikasi besar dari perspektif undang-undang dan sosio budaya. Selain penalti yang memperuntukkan hukuman dan denda, perkahwinan tersebut juga tidak boleh didaftarkan tanpa melalui prosiding yang ditetapkan oleh mahkamah terlebih dahulu." Kata beliau.

Turut serta pada seminar ini adalah YD Dato' Mohamad Yaacob Bin Dato' Ismail, Dato Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia dan Tuan Nasrul Hadi Bin Rohani, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dan semoga semua pihak mendapat manfaat daripada seminar tersebut dalam menyampaikan pencerahan tentang isu-isu yang melibatkan perundangan dan kehakiman Syariah khususnya di Negeri Selangor.

#jakess
#syariahasaskeadilan