Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 31 Januari 2023, 06:58:55.

    Total Visitor 2645

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

JAKESS TURUN PADANG RAIKAN PELAJAR IPT PERUNDANGAN SYARIAH DALAM PROGRAM KOLOKIUM PROSPEK KERJAYA

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Bangi, 3 Disember 2022 - 150 peserta menyertai program Kolokium Prospek Kerjaya Dalam Bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah Bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2022 bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, pada Sabtu.

Peserta dalam kalangan pelajar dan pensyarah ini disajikan dengan sesi kolokium yang membincangkan perihal prospek kerjaya dalam bidang perundangan syariah bermatlamat untuk memberi perkongsian perpektif pemain industri kepada para pelajar tahun akhir pengajian yang bakal melangkah ke alam pekerjaan.

Program Kolokium dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal Selangor serta turut sempat beramah mesra dan meraikan para peserta.

YAA Dato' Mohd Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor menyifatkan program Kolokium ini dalam ucapan aluan beliau sebagai medium penting dalam mewujudkan ruang interaksi bagi pendedahan ilmu, pemberian informasi dan kefahaman yang tepat kepada bakal graduan perundangan syariah khususnya di negeri Selangor.

"Program koloborasi antara JAKESS sebagai pemain industri dengan para pelajar dijangka dapat membuka ruang untuk kebolehpasaran graduan dalam industri. Mahasiswa perlu terus berusaha meningkatkan kemahiran dan memanfaatkan peluang koloborasi antara universiti yang sudah sedia terjalin." Kata YAA Dato'.

Peserta yang hadir adalah daripada empat universiti terpilih iaitu Kolej Universiti Islam Selangor, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) ini mendapat kerjasama daripada Lembaga Zakat Selangor dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan dibarisi panel berpengalaman iaitu YA Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS, Tuan Muhamad Yusro Bin Borhan Nordin, Timbalan Presiden PPSM dan Tuan Haji Fakhrul Azman bin Abu Hassan, Peguam Syarie Negeri Selangor.

Semoga segala perkongsian mendapat keberkatan Allah SWT dan mendapat manfaat dunia dan akhirat bagi semua yang terlibat. JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

#jakess
#syariahasaskeadilan