Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 31 Januari 2023, 06:58:55.

    Total Visitor 2639

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

YB SENATOR MENTERI AGAMA SAMPAIKAN AMANAT KEPADA BAKAL PEGUAM SYARIE SELANGOR

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Shah Alam, 7 Oktober 2023 - 90 bakal peguam Syarie Selangor telah menghadiri Kursus Pra Pelantikan Peguam Syarie Negeri Selangor Tahun 2021-2022 dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

YB Senator Menteri Agama dalam ucapannya memberikan beberapa amanat dan peringatan khususnya berkenaan keperluan dan etika diperlukan seorang peguam Syarie di negeri Selangor.

“Peguam syarie mempunyai tanggungjawab memelihara dan bertindak sebagai agen yang membela agama Islam dan menonjolkan imej yang baik kepada institusi kehakiman Syariah di negeri Selangor dan di negara kita. Ianya tidak berpaksikan menang atau kalah tetapi membawa aspirasi keadilan yang diamanahkan oleh Allah kepada seorang peguam Syarie,” kata beliau.

Kursus Pra Pelantikan anjuran JAKESS bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) ini membariskan dua individu hebat dalam industri perundangan Syariah iaitu YBhg. Prof. Adjung Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin yang membentangkan tajuk 'Etika Kepeguaman Bersama Pelanggan, Peguam Syarie Dan Mahkamah Syariah' manakala pembentangan kedua oleh YA Tuan Salehan Bin Yatim membawakan tajuk 'Pengenalan Mahkamah Syariah Di Negeri Selangor'.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS, YA Dato' Mohd Shakir bin Haji Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datin Paduka Saudah Binti Sulaiman Ahli Anggota MAIS dan dif-dif kehormat yang sudi memeriahkan program pada Sabtu.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar hadir walaupun dalam kesibukan jadual dalam tugasan beliau selaku Menteri Agama.

Semoga segala perkongsian mendapat manfaat kepada seluruh ahli yang terlibat khususnya dalam memulakan tahun 2023 dengan penuh cemerlang.

#jakess
#syariahasaskeadilan