button
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 30 Mei 2023, 02:24:14.

    Total Visitor 4754

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

Latar Belakang

Image

Mahkamah Rendah Syariah Ampang telah rasmi ditubuhkan pada 27 Jun 2014M bersamaan 29 Sya’ban 1435H. Pembukaan Mahkamah ini pada ketika itu dirasmikan oleh Y.A.D Dato' Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Mahkamah ini ditubuhkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes yang didaftarkan dalam bidangkuasa Daerah Hulu Langat. Sebelum penubuhan Mahkamah ini, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat terpaksa mengendalikan lebih 6,000 kes mal serta jenayah setahun.

Justeru itu kewujudan Mahkamah ini adalah untuk membantu mengurangkan beban penerimaan kes tinggi yang direkodkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, yang mana Ampang merupakan antara lima mukim di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Semenjak penubuhan Mahkamah ini, penerimaan kes didaftarkan semakin tinggi saban tahun. Lokasinya yang terletak di Aras 12 Menara A, Persiaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya terletak di tengah-tengah pemukiman Ampang banyak membantu pelanggan yang tinggal di dalam mukim ini.

Di awal penubuhannya, Mahkamah Rendah Syariah Ampang beroperasi dengan tiga hakim yang mengendalikan dewan perbicaraannya. Di samping itu, Mahkamah ini turut dilengkapi perjawatan Pegawai Syariah (Sulh), Penolong Pegawai Syariah (Penolong Pendaftar), Pembantu Syariah Gred LS 22, empat orang Pembantu Syariah Gred LS 19, tiga orang Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pembantu Tadbir (Pekeranian Operasi) Gred N19, Penghantar Notis Gred N11, dan Pembantu Operasi Gred N11.

Kini Mahkamah ini meneruskan operasinya dengan dua dewan bicara dengan dua orang Hakim yang mengendalikan perbicaraannya, Pegawai Syariah (Sulh), dua orang Penolong Pegawai Syariah (Penolong Pendaftar), Pembantu Syariah Gred LS 22, empat orang Pembantu Syariah Gred LS 19, dua orang Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pembantu Tadbir (Pekeranian Operasi) Gred N19, Pembantu Operasi Gred N11 dan Penghantar Notis Gred N11.

Hakim-Hakim Bicara Mahkamah Rendah Syariah Ampang seperti berikut:

  • Tuan Abdul Halim bin Abdullah (2014 – 2017) (Ketua Pejabat)
  • Tuan Mohamad Hannan bin Jalil (2014 – 2020)
  • Tuan Mohd Fariq Azaimi bin Apandi (2014)
  • Tuan Faathir bin Md Tahir (5 Disember 2017 – 31 Januari 2023) (Ketua Pejabat)
  • Tuan Ahmad Faizal bin Hj Tahiron (17 Ogos 2020 – 14 Februari 2023)
  • Tuan 'Afif Sofiuddin bin Syeikh Abd Ghani (1 Februari 2023 - Kini) (Ketua Pejabat) 
Partner 1
 

KATEGORI KES

2015

2016

2017

2018

2019

2020

2021

2022

Faraid

96

100

107

89

125

21

31

129

Jenayah

111

39

114

136

149

133

14

117

Mal

1,191

1,207

1,196

1,185

1,279

406

302

1,122

Jumlah

1,398

1,346

1,417

1,410

1,553

560

347

1,368


Jumlah Pendaftaran mengikut Kategori Kes bagi Tahun 2015-2022