button
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 30 Mei 2023, 02:24:14.

    Total Visitor 4766

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SABAK BERNAM

Pada awalnya, penubuhan Mahkamah Rendah Syariah adalah berdasarkan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam No. 2 Tahun 1989 (sekarang dipinda kepada Seksyen 55 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003) yang dikenali sebagai Mahkamah Qadhi.

Mahkamah Rendah Syariah ialah mahkamah yang ketiga mengikut susunan hierarki Mahkamah Syariah Selangor.Sebelum tahun 1991, ia di kenali sebagai Mahkamah Kadi Litar.Semua kes mula didengar dan dibicarakan di mahkamah ini. Mahkamah ini tiada kuasa mendengar kes rayuan. Mahkamah ini hanya mempunyai bidangkuasa yang terbatas mengikut bidangkuasa tempatan iaitu Plaintif atau Defendan yang tinggal atau di mana perlakuan jenayah dilakukan oleh orang yang tertuduh dalam perkara jenayah dan mal.

Pada tahun 1900, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang.

Pada Tahun 2003, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam berkongsi bangunan dengan Pejabat Agama Islam Kuala Selangor di Jalan Parit Satu Timur, Sabak Bernam sehingga Mac 2014.

Pada April Tahun 2014, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam diarahkan berpindah ke Bangunan baru di Persiaran Permai 1, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor sehingga kini