
Shah Alam, 26 September 2022 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan tersebut telah disempurnakan bertempat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan watikah pelantikan yang terdiri daripada;
YA Datuk Haji Mohd Radzi bin Haji Abd Latif, Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor,
YA Tuan Dr. Zainal Abidin bin Kusmin, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Selangor,
Tuan Mohd Shahidan bin Abdul Ghapar dan Tuan Ahmad Husaini bin Othman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor.
JAKESS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima watikah. Semoga pelantikan ini dapat mengukuhkan lagi tadbir urus perundangan dan kehakiman syariah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di Negeri Selangor.
#jakess
#syariahasaskeadilan
