Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Khamis 02 Disember 2021, 00:39:03.

    Total Visitor 2633

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

KIK D-BLAST JAKESS RANGKUL ANUGERAH EMAS RISTEx 2021 ANJURAN MPC

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

22 Sept 2021 – KIK D-BLAST yang diketuai oleh Tuan Mohd Nurul Azhar Bin Tohar dianggotai Tuan Tajudin Saifullah Bin Abdul Wahab, Puan Nurul Hidayah Binti Jani, Puan Noralwani Binti Waimin dan Puan Rosliza Binti Abd Rashid sekali lagi berjaya melakar kejayaan di persada inovasi setelah merangkul anugerah Emas dalam Konvensyen Inovasi Team Excellence 2021 peringkat Wilayah Tengah anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang telah diadakan pada 8 dan 9 September tahun ini.

YAA Dato’ Muhammad Adib bin Hussain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menzahirkan ucapan tahniah kepada KIK D-Blast diatas kejayaan yang membanggakan ini.

Projek yang telah merangkul anugerah Emas ini adalah hasil inovasi KIK D-Blast iaitu See Mark, sebuah sistem yang telah diwujudkan bagi membantu pelanggan Mahkamah Syariah membuat carian status penyediaan perintah.

Pencapaian ini sekaligus melayakkan D-Blast mara ke peringkat Kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada bulan November 2021 nanti.

Semoga pencapaian KIK D-Blast dapat menjadi inspirasi kepada warga JAKESS umumnya dan khususnya KIK-KIK JAKESS yang lain untuk terus berkarya dan berinovasi sekaligus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan kepada para pelanggan.