PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BIL 4/2021, SAMBUTAN INTERGRITI DAN HARI INOVASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR
19 November 2021 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Jabatan Bil 4/2021, Sambutan Intergriti dan Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada Jumaat, 19 November 2021. Majlis berlangsung secara hibrid dijalankan dalam keadaan sederhana dengan mematuhi SOP. Dalam amanat disampaikan YAA Dato' Muhammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor pada majlis tersebut banyak menekankan berkenaan tatatertib serta etika sebagai penjawat awam.
Turut hadir ialah Puan Rosaniza Binti Omar, Penolong Setiausaha Bahagian Naik Pangkat & Tatatertib yang berkongsi ceramah bertajuk Kehadiran Dan Cuti: Kesalahan-Kesalahan Yang Lazim Dilakukan. Bersempena Hari Inovasi juga, pembentangan Inovasi JAKESS berkenaan Rekod Latihan dan Rekod Fail telah disampaikan kepada warga JAKESS. Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah pertandingan khat serta hari sukan JAKESS yang dikelolakan oleh BAKEMAS.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada KIK-D Blast serta pengumuman pertandingan EKSA bagi tahun 2021. Ayuh saksikan video sorotan Majlis Perhimpunan Jabatan Bil.4/2021, Sambutan Hari Intergriti & Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang disediakan oleh Bahagian Teknologi dan Maklumat Komunikasi JAKESS.