Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 22 September 2021, 07:50:20.

    Total Visitor 28458

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

AMPANG 28 Jun 2021 - Dewan 1, Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada hari ini telah bersidang secara dalam talian melibatkan perbicaraan kes KPI di hadapan Hakim Syarie, Tuan Faathir bin Md Tahir. Sebanyak 1 kes telah berjaya dijalankan dan berjalan dengan lancar. Beberapa tarikh lain juga telah ditetapkan untuk pendengaran kes secara dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Selain kes-kes perbicaraan, beberapa kes di peringkat majlis sulh juga telah dijalankan secara atas talian oleh Puan Maryam Jameelah Binti Ali Sabri.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

AMPANG 23 Jun 2021 - Dewan 2, Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada hari ini telah bersidang secara dalam talian melibatkan perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Tuan Ahmad Faizal bin Hj Tahiron. Sebanyak 5 kes telah berjaya diselesaikan pada hari ini termasuk 1 pengendorsan sulh. Beberapa tarikh lain juga telah ditetapkan untuk pendengaran kes secara dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

19 Januari 2021 - Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Ampang Selangor telah berjaya menjalankan Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Bil. 4/2020 secara dalam talian yang merupakan salah satu daripada normal baharu yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu kerajaan dalam membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda negara. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pejabat, Tuan Faathir Bin Md Tahir yang turut disertai oleh semua pegawai dan kakitangan MRS Ampang termasuk pegawai yang dijadualkan untuk bekerja dari rumah (BDR) pada hari ini.

 

Mesyuarat tersebut telah berlangsung selama 3 jam bermula 9.30 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengah hari. Pelbagai agenda dan isu yang telah dibincangkan di peringkat mahkamah ini bagi melancarkan urusan perkhidmatan dan operasi mahkamah sepanjang tahun 2021 terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

12 JANUARI 2021 - Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Ampang pada hari ini telah menerima kunjungan pasukan juruaudit dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh Puan Nurul Hidayah Binti Jani. Auditan EKSA yang dijalankan di semua mahkamah syariah seluruh Selangor serta ibu pejabat JAKESS adalah merupakan salah satu kriteria yang diperlukan bagi mengekalkan pensijilan EKSA yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada awal tahun lepas. Juruaudit yang turut sama membantu adalah Puan Zubaidah Binti Mohd Yusof.

 

Di samping itu, auditan pada kali ini juga turut mempertandingkan beberapa kategori EKSA iaitu bilik / ruang kerja terbaik dan pelabelan terbaik yang diadili oleh juri, Puan Siti Madiha Binti Ruzmi. Sekalung tahniah dah syabas diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan MRS Ampang yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan lokasi bersedia diaudit buat kali ini. Semoga teguran dan penemuan auditan pada kali ini mampu menyuntik idea baharu untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di MRS Ampang serta JAKESS amnya.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

8 JANUARI 2021 - Ahli jawatankuasa EKSA Zon Coral di Mahkamah Rendah Syariah Ampang telah mengadakan gotong-royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 18 Disember 2020 dan pada hari ini 8 Januari 2021 bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan seluruh kawasan yang terdapat di Zon Coral bagi memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Gotong-royong ini juga merupakan persiapan bagi menghadapi auditan eksa pada 12 Januari 2021.