Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS SELESAI AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014

Admin - Shafarina

02 حزيران/يونيو 2023

2088

350945313 760046725596053 2427061131587236082 n
2 Jun 2023, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah selesai melaksanakan sesi Audit Pemantauan MS ISO 9001: 2015 Dan MS 1900: 2014 bagi tahun 2023 yang telah dilaksanakan selama tiga hari bermula 31 Mei hingga 2 Jun 2023.
 
Sesi pengauditan bermula dengan Mesyuarat Pembukaan pada hari pertama dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang turut disertakan pembentangan pengurusan kualiti JAKESS oleh Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS seterusnya Mesyuarat penutupan yang juga dipengerusi oleh Ketua Hakim Syarie Selangor.
 
Siri auditan kali ini meliputi lokasi Ibu Pejabat, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor.
 
Jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hanidah binti Ghazali selaku Ketua Auditor bersama auditor-auditor yang lain dari pihak SIRIM iaitu Dr. Hisham bin Sabri, Puan Aisyah binti Haron dan Puan Arfa Atirah binti Arshad diatas kerjasama dan sepanjang sesi auditan ini berjalan.
Jabatan juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JAKESS yang telah bertungkus lumus dalam memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti dilaksanakan di jabatan ini.