Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Perkhidmatan

Tatacara Pendaftaran Kes di Mahkamah Syariah

  1. Pastikan tuntutan yang hendak dibuat dan bidangkuasa Mahkamah yang mendengar tuntutan :

    1. Pastikan alamat tempat tinggal dalam Negeri Selangor atau anda adalah pemastautin dalam Negeri Selangor.
    2. Tuntutan melebihi RM 300,000.00 - bidangkuasa MTS
    3. Tuntutan bawah RM 300,000.00 - bidangkuasa MRS
    4. Kes ubah perintah/laksana perintah di Mahkamah yang mengeluarkan perintah
    5. Kes-kes melibatkan perceraian - bidangkuasa MRS
    6. Kes-kes melibatkan Poligami, Hadhanah & Harta Sepencarian - bidangkuasa MTS

  2. Dapatkan borang yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat. (borang juga boleh di muat turun dari laman web JAKESS ini). Klik sini

  3. Lengkapkan borang sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak.

  4. Hantar permohonan anda di kaunter pendaftaran MTS/ MRS berdasarkan bidangkuasa Mahkamah.

  5. Ambil no. giliran sebelum berurusan di kaunter Mahkamah.

  6. Serahkan dokumen pendaftaran dan pastikan anda mendapat nombor pendaftaran. Contoh no. pendaftaran kes :10100-028-0124-2011.

  7. Buat bayaran mengikut permohonan yang difailkan dan pastikan anda mendapat resit bayaran setelah pembayaran dibuat.

  8. Anda akan mendapat tarikh untuk Majlis Sulh/ Sebutan/ Bicara pada hari yang sama selepas kes anda didaftarkan.

  9. Pastikan anda mendapat salinan saman/permohonan yang lengkap mengandungi tandatangan Pendaftar, tarikh, masa dan tempat bicara.