Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KIK JAERGERS JOHAN MPIPANS 2023 KATEGORI PENCIPTAAN YAA

Admin - Shafarina

08 آب/أغسطس 2023

1937

Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor serta seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat kumpulan KIK JAEGERS yang dinobatkan selaku JOHAN kategori Inovasi Perkhidmatan Awam (Penciptaan) dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023.

Inovasi yang meraih anugerah johan tersebut adalah produk inovasi bagi sistem pengiraan nafkah anak yang dikenali sebagai e-Naf. Produk inovasi ini dihasilkan bagi membantu pelanggan Mahkamah secara khususnya dalam menentukan kadar nafkah anak.

Sistem e-Naf telah dilancarkan secara rasminya pada 15 Disember 2022 oleh Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal, YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni di dalam Persidangan Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2022. Sistem e-Naf ini adalah kalkulator pertama yang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia dengan berteraskan kepada Arahan Amalan JKSM No. 5 Tahun 2019 dan Arahan Ketua Hakim Selangor No.1 Tahun 2021 disamping melihat kepada beberapa contoh sistem pengiraan dari luar negara.

Inisiatif JAKESS ini juga amat bertepatan dengan kehendak Arahan Amalan No. 6 Tahun 2022 JKSM iaitu keperluan pemfailan kes tuntutan nafkah anak bersama kes tuntutan permohonan perceraian atau pembubaran perkahwinan (dengan kehadiran suami), yang boleh membantu pelanggan dalam menganggarkan jumlah tuntutan bagi nafkah anak.

JAKESS berharap dengan adanya sistem e-Naf ini ianya dapat membantu pelanggan Mahkamah menentukan kadar nafkah anak yang sewajar dapat dicapai.

#jakess #syariahasaskeadilan